Friday, December 19, 2008

Quiet Anniversary


Pejam celik, pejam celik tanpa sedar pada 21/12/2008 nie genaplaa setahun usia perkahwinan kami tapi kami masih di alam bulan madu kerana kehadiran sikecil masih dinanti ^_^. Rasa macam bulan lepas jer Mr. R melafazkan akad nikah dan taklik, pastu busy busy ngan kenduri and all that beautiful stuff of wedding reception and photoshoot. Rasanya baru semalam aku try to adjust myself dengan kehadiran lelaki di dalam rumah selalu terkejut, especially kalau kat dapur hehehe.....almaklum rumah bujangku itu tidak dibenarkan lelaki masuk cuma dibenarkan saudara lelaki sahaja, so tak biasa kalau kat rumah abah lainlaa....sepupu's ramai bertandang so tak kisah dah.

Kalau tanya aku apa yang aku nak ubah time majlis kahwin aku, aku nak pakai corset sebab time pakai kebaya hari tu my tummy amatlaa terserlahnyer di dalam gambar malu..malu....(tula tak nak diet sesungguh hehehe) yang lain-lain aku amat berpuashati...haaa lagi satu khemah utama, sbb itu khemah emergency, kakak tu terlupa khemah untuk meja utama, dia bagi kat pengantin lain yang sama nama dengan aku, sedih giler time tu....

So what kind of celebration for our first wedding anniversary aku sendiri sampai hari nie tak tau nak celebrate kat mana dan macamana. Nak buat romantik mcm dah tak sempat dah, nak pegi bercuti dah tak boleh dah time nie. Maybe we can have candle light dinner kot kat our favourite restoran (or fav. shopping mall hehehe, MV la tu) and present ofcourse. Cuma dalam kepala otak aku nie terlintas nak mintak tolong abah buatkan kenduri kesyukuran sket kat kampung agar perkahwinan ini sentiasa dirahmati dan diberkati. Supaya setiap rintangan yang datang dapat diatasi dengan bijak dan matang. Agar dihindarkan anasir-anasir yang tidak sihat yang mempunyai agenda mengusik perkahwinan ini dan paling utama dikurniakan cahayamata yang sihat dan comel aminnnnnn......
So gurls apa benda yang kalau korang boleh ubah time hari kahwin korang, korang nak ubah....tell me herelaaa..we share ^_^
p/s: I asked Mr. R what do you want for your present....dia kata nak kasut bola blehhh tak romantik sungguh. I was thinking of giving him a gadget that he told me before but.....tak kisahlaaa....

Tuesday, December 16, 2008

New Place New Life New Challenge

Hari nie hari kedua aku kat tempat baru nie, don't know what to expect. Semalam my first day tapi tak sempat nak berblogger sebab yerlaa first day takan nak buat cam tempat lama, jagala reputasi sket. First tak banyak yang aku buat cuma redeco balik tempat aku nie yang nauzubillah keadaannya macam baru kena serang dengan garuda pastu ada meeting plak so petang I just do the minutes which is I selalu elak untuk buat selalunyer apa yang orang cakap lain yang aku tulis hehehe...
Tapi tulaa kalau kita lama kat satu-satu tempat we tend tu start comparing, mcm-mcm bendala sampaikan toilet pun aku bleh compare hehehe...almaklum kat tempat lama toilet dia besar kat sini masuk 2 orang dah sesak dah...so the tak selesa one.
Hari pertama aku balik awal sebab takde benda nak buat sangat, senarai tugas pun aku tak dapat lagi tapi hari nie mungkin balik lambat sebab nak buat preparation untuk meeting esok.
p/s : Ralat sungguh kamera rosak so tak bleh nak upload gambar huhuhu

Thursday, December 11, 2008

THE NEWS - Mix Feeling

Actually the news I got it last weeks, tapi tak dapat nak menulis kat sini mengenainya sbb sibuk menguruskan macam-macam hal. Macam-macam rasa ada mula-mula rasa suka seronok coz I will experience new things but in other feel rasa sedih plak nak tinggalkan apa yang dah aku hadapi selama 8 tahun disini. This is the first place I worked after diterima sebagai civil servant. Mula dihantar ke sini dulu ramai yang kata this place and the people is very hard to please, macam-macam advise yang aku terima tak kurang momokan-momokan tentangnya but end up not so bad kalau pandai tackle the people and the situation. Dalam 8 tahun tu jugak aku mula membina good relationship dengan semua peringkat, rasa sayang tu memang ada tapi I have to enhance my skill.
Disini aku belajar how people think differently dari apa yang kita fikirkan, budaya sence of urgency, budaya just do it! (I don't know how you do it, just do it! and the result must POSITIVE). Dan yang paling manis di sini juga aku bertemu jodoh ^_^ dengan my Mr.R.
So new place with a new challenge.....

The Wet AidilAdha and The Tragedy

Maybe not to late for me to wish Selamat Hari Raya to all my beloved friends, tahun nie beraya kat Utara jer, dah ambik cuti before the Raya so both of us balik petang hari raya tu jugak. Its a simple raya actually, my MIL prepare some rendang and ketupat palas and I cooked Lotong just to add the dish. After solat raya aktiviti makanla pulak and then all of us heeded to kubur which is I never done before sbb kalau kat kpg abah akan pegi right after solat so kami yang pompuan-pompuan nie tak dapat ikutla. Its really a wet aidiladha agaknya sebagai simpati pada mangsa-mangsa tanah runtuh kat Bukit Antarabangsa tu, kesian sungguh kat mereka-mereka yang terlibat.
Namun aktiviti ziarah menziarah tetap menjadi agenda tapi yang dekat-dekat jerla memandangkan petang tu jugak kami berangkat balik. So walaupun dalam cuaca yang syahdu begitu perutku tetap bergelora dan amat sebu dengan pelbagai food especially my fav. ketupat palas. Ahh when can I really dieting...always like dat hehehe...
Takziah kepada semua mangsa TRAGEDI TANAH RUNTUH DI BUKIT ANTARABANGSA.

Tuesday, November 25, 2008

Mission Impossible

Pakej 3 hari 2 malam di agensi Penang memang pack dengan aktiviti dari pagi hingga ke petang and its really tiring, make my muscle ache as well as change my temperature into 38 degree almost to make me catch a fever.
Semua simpton tu aku dapat masa time kursus teambuilding last weekend kat utara tanahair, tajuk kursus macam tak perlu aktiviti lasak tapi andaian aku jauh tersasar. Hari pertama sampai cuma aktivit yang memerlukan pemikiran minda masuk hari kedua wahhhh.....semua aktiviti yang aku rasa tak boleh buat kena buat. And surprisingly aku MEMANG boleh buat, tapi semua aktiviti dalam grouplaa kalau buat sengsorang memang impossible. Aku kena panjang dinding setinggi satu meter, kena buat trust fall - menjatuhkan diri dari tempat tinggi dan disambut oleh rakan2 lain...yang ini memang kena trust kengkawan kalau tak memang tak boleh buat, aku sendiri terlepas grip tangan dan tertampar muka kawan yang menyambut dibawah. Pastu aku kena buat tarzan swing kalau tak lepas jatuh dalam air yang nauzubillah kotornyer (tapi aku tak lepas pun hehehe) dan mcm2 lagila. Aku memang terkejut sbb aku boleh buat semua tu dengan mata tertutup sbb aku kena jadi orang buta yang diguide oleh rakan2 dalam group tu. Satu badan kotornya tak boleh nak cakap sbb urusetia yang nakal2 tu sengaja simbah air lumpur kat kami.
So on the way back satu bas senyappppp jer sbb masing2 dah penat. Keesokkan hari aku tak boleh bangun sbb badan semua sakit then kaki cramp, nak solat pun payah, usahkan solat kalau dah duduk nak bangun payah giler. but its really fun walaupun in the beginning aku merungut jugak. So picture later yer gurlsss....

Tuesday, November 11, 2008

Community Run@Puchong

Community Run@Puchong

Selama aku hidup, aku tak pernah join apa-apa aktiviti yang bersifat kemasyarakatan nie, tapi setelah berkahwin maybe aktiviti ini akan menjadi satu amalan kot....Sepanjang ingatan aku cuma sekali jer aku pernah join aktiviti amal, itu pun sbb ikut kelab kat tempat aku keje nie pegi Rumah Kenangan kat Seremban. Lepas tu aku rasa macam dah serik sebabnyer sepatutnya kita pegi sana untuk mengembirakan hati orang-orang tua kat situ ini aku dari awal sampai akhir dok merambu airmata camno tu. Hati aku sebak tengok dorang pastu teringat kat arwah atok yang dah takde. So I've decided not to join that kind of community service ^_^.
So ahad tu very early in the morning dah bangun (macam nak pegi keje pulak) sbb kena sampai kat start point tu dlm 6.30 pagi. So after registration kitorang round2 sekitar tapak kat situ banyak jugak sponsor untuk acara nie ada MILO, Finnese(alaa yang jual cereal kesihatan tu), 100 plus, Fitness First etc. Sempatla bergambar sikit2. Sambutan untuk community run nie amat menggalakkan especially the chinese, atok-atok pun masuk jugak respect sungguh. Foreigner pun ada. Ada jugak yang berlari pakai costume clown dengan kimono, I wonder camnerlaa yang pakai kimono tu nak berlari.

Excited nak berlari .......

So bagi tempat 1st,2nd and third telah dimonopoli oleh foreigner especially the kenyan, mana idak yer kaki panjang. My Mr. R walaupun tak dapat top 10 tapi dapatla jugak sijil penyertaan bagi yang kurang dari satu jam sampai ke garisan penamat. Setelah Mr. R relax kejap kitorang pun ambik peluang membaham apa yang ada kat gerai sponsor tu (makan free sapa tak nakkan). Then for lunch I cooked ayam goreng berempah, kentang masak bening and sambal tempoyak ikan bilis wahhhh pastu tido hahaha mana tak semakin membesar bagai johan yer tak.

p/s : see U next year at Lake Garden Community Run plak ^_^

Thursday, November 6, 2008

Updates

Dah lama rasanya tak update ruangan ini, bukan tak nak update there's a lot things happen in these few weeks tapi sbb takde gambar yang sesuai tu yang maleh sket nak update.

Last weekend I went to Langkawi for a meeting which I can described as the results from the meeting was some may satisfied but not to others. Still I can hear the mosquito sounds (betul ker nie...hehehe) after the meeting and also not enough time for shopping ^_^. So kami gunakan masa-masa yang terhad itu jerlaa utk menjenguk-jenguk pekan Kuah tu. For some kakak-kakak tu I can see they memborong pelbagai benda especially the Correll, aku boleh tengok jerlaa pulus tak mencukupilaa.... yang beli beg bagasi pun banyak gak, murah banget bila melihatkan harganya jauh lebih murah dr Carrefour or Tesco. Aku cuma beli coklat and fridge magnet for my Mr. R and a lipstick for myself hehehe....Kedai-kedai yang agak famous kat situ Haji Ismail Group dengan Idaman Suri. Tapi aku tak sempat ker Idaman Suri sbb tak cukup masa daaa....

During the meeting there was a visit slot to Perpustakaan Desa, kami pegi meninjauler kat sana bagaimana perpustakaan desa nie diuruskan, the building is sooo cute and colourful dibina di dalam kawasan masjid. Walaupun koleksi tak banyak tapi bolehlaa memenuhi keperluan pelajar2 kat situ. Semua yang pegi melawat dapat goody bag, siap ada sebotol minyak gamat kat dalam dengan jajan ikan bilis goreng campur2 yang sedapppp sekali.

Last day meeting pagi tu ada sedikit ceramah tapi aku rasa semua orang tak boleh concentrate dah sebab semua ingat nak balik dengan nak repeat pegi Pekan Kuah lagi nak menambah apa yang patut, aku pulak on the way nak ke airport sempat singgah di sebuah kedai jual minyak gamat. Aku cuma sambar 4 botol bam serai compared tu my boss yang memborong minyak gamat 14 botol 10 hengget murah sungguh....kalau kat KL nie sebotol jer dah 4,5 hengget.

Hmmm rasanya kalau ada kesempatan nak ke Langkawi lagi nak memborong peralatan dapur sbb dapur I tu masih dalam status dapur time anak dara lagi, kalau MIL datang baru kelam kabut agaknyer hehehe...

Oklah since takde gambo terbaru dari I ^_^ layan jer laa gambo yang didapati dr internet, cadangnya nak buat untuk dinner malam nie. Slurrpppp cam sedap jer...mari kita cuba nak....

Macaroni and cheese

Resepi boleh didapati disini http://www.myresipi.com/top/detail/1694

Monday, October 20, 2008

Picnic@Titiwangsa

Bunyi dia macam kelakarkan sbb kalau sebut Titiwangsa mesti orang akan bayangkan tempat orang bersiar2, beriadah dan bertenet untuk para rumaja (ada unsur2 negatif nih hehehe). But that was our activities last weekend instead of pegi open hselaa.
So bertempat di Tasik Titiwangsa after berjogging(actually sorang jer jogging sorang lagi walking hehehe) we decided to have our breakfast kat Titiwangsa lebih kurang cam berkelah jugaklaa, the day before Mr. R dah order dia nak b'fast pulut so I make pulut tanak, kelapa parut , ikan masin gelama goreng and some butter sandwich (ala roti bubuh mentega ngan gula tu) and 1 termos air kopi. Menu macam orang nak pegi bendangkan bawak bekal tapi itulaa exctly what he wanted yesterday. But not bad, its turn out to be so sedap one sbb dah lama tak makan camtu (kalau ada ubi kayu rebus cecah ngan sambil tumis lagiiiiiii nyum nyum).... sambil tu menikmati pemandangan KL di pagi hari...wahhh sounds romantik gitu. As promise enjoy the picture....


Sebelum

Selepas

Petangnye we went to my aunty's house kat Ampang apa lagi acara makan2laa...so kiranya last weekend memang tak masak untuk lunch and dinner selamatttt...but before balik my aunty bekalkan kari kambing, dhal and rendang so untuk tidak membazir I make lempeng kosong cicah ngan kuah kari for our dinner wah syahdu sungguh hehehe...manalaa berat badan tak mencanak-canak lepas raya nie...rabu nie pulak ada Majlis Raya pulak opis aku buat hmmm niat tulus ikhlas nak menguruskan badan tu terpaksa ditundakan dulu hehehe...

Thursday, October 16, 2008

Entree Tertunggak

Check kat dalam posting ada entree yang tertunggak so layanzzzzzz..... nie gambar2 time raya hari tu....


Ingatkan nak bergambar cam Kak Nita & Abg Mahathir tapi maluler pulekkksss...



Dengan my Embah yang 'cute'




Nie kat pekarangan rumah tok sedara Mr.R rumah dia bersebelahan dengan rumah memorial Tunku Abdul Rahman




Tuesday, October 14, 2008

Open House

Last Saturday aku buat Open House, first time selepas berkahwinlaa kiranya. Open house kali nie dikategorikan sebagai open house mengejut jugaklaa sbb tersilap tengok kalender ingatkan minggu depannya tapi rupanya tidak so menunyer pun agak simple and the tetamu pun tak ramai sangatla sebab tak sempat nak menjemput yang lain-lain. Yang pasti open house nie lebih kepada kengkawan Mr. R yang akan pegi ke DPA starting this weeklaa and jugak untuk sedara mara. A few of my close friend yang dekat2 manage to come to our open house walaupun "perut" dah berat sbb dah attend 2,3 buan open hse seblom tu.
A credit to my SIL yang pepagi dah datang menolong and turut meminjamkan periuk2nyer yang besar itu, kalau ikutkan rumah aku semua periuk yang comel2 jer itu pun hadiah kawen hari tu. Thanks also to my aunty yang terpaksa ku minta jasabaiknyer untuk memasak kuah spaghetti tambahan sbb dah habis heheh. So the menu :

Laksa (cedok resepi anis hehehe)
Spaghetti
Roti jala
Lemang
Rendang
Nasi Impit
Kuah kacang.


Kalau diikutkan semua laksa dan spaghetti tu habis cuma aku terlebih bajet tu yang ada lebih, kuah laksa actually tinggal suku periuk tapi aku siap masak lagi satu periuk mana tak berlebih spanghetti pun camtu gak. Cuma spaghetti mendapat perhatian dulula sebab rata-rata kata semua rumah yang dorang pegi ada laksa so spaghetti tu ada kelainan sket laa hehehe..
One of my friend mintak resepi spaghetti aku yang simple banget itu so friend here it goes :

Bahan-bahan :

2 botol besar Prego (untuk 20 orang makan)
400gm daging cincang
2 biji bawang kuning (potong 8)
1 biji bawang putih (hiris)
4 biji tomato (kisar ambil airnya)
1 tin cendawan butang (any style potong can do)
1 atau 2 sudu Sos tomato (ikut kesesuaian)
1 atau 2 sudu Sos cili (ikut kesesuaian)
Minyak untuk mengoreng (sikit jer)

Cara2nya:
1. Goreng bawang besar dan putih sehingga layu kemudian masukkan daging atau
ayam cincang tadi biarkan sehingga airnya kering (jangan ler bior jer nanti hangit
plak kacau ler sekali sekala).
2. Pastu masukkan sos prego biarkan mendidih sedikit.
3. Masukkan sos cili dan tomato, kacau bagi sebati.
4. Masukkan cendawan yang telah dipotong tadi.
5. Masukkan air tomato secukupnya - kalau kuah tu pekat sangat boleh tambah lebih
sikit.

Note : kalau tak suka dengan rasa originalnya yang masam sket tu boleh bubuh dalam 1 sudu besar rapat serbuk cili.

So kepada sesapa yang nak cuba boleh try.

p/s: Apsal aku tak boleh nak upload gambar icon nak upload gambar pun takde huhuhuhu

Thursday, October 9, 2008

Masih Mood Raya

Masuk hari nie dah 8 Syawal tapi mood raya masih "tebal" dalam diri aku, alasan maleh keje la tu hehehe...Raya tahun ini berlainan sikit bagi aku sbb beraya sebagai isteri orang bukan lagi orang bujang. Kalau dulu pagi raya cuma bersalam dengan mak ngan abah jer tapi tahun ini buat julungkalinya aku mencium tangan seorang lelaki yang bergelar SUAMI aku. Pagi raya tu berderai jugak airmata aku sbb mengenangkan macam2 dah berlaku dalam tahun nie pada keluarga aku, mak pun dah menunjukkan progress yang positif dan keterharuan kerana aku kini telah berdua. So bila pegi rumah embah time nak bersalam2 tu takla aku duduk kat tempat anak2 dara yang dah bertahun aku rasa janggal sangat sbb sepupu yang lain belasan tahun lagi aku nie dah puluhan tahun tak sessuaiiii gitu....
Tahun nie aku mintak izin kat Mr. R untuk balik TI dulu sbb ada acara bergambar satu family so petang raya pertama tu kami berangkat balik AS pulak, dekat tengah malam jugaklaa baru sampai. Huhuhu kalau dulu akulaa orang last sekali balik bila hariraya tahun nie first raya dah balik rumah mentua pulak.
Pepagi esoknya acara "beraya" start very early in the morning and its last after marghrib. kat AS tak macam TI sbb rumah-rumah yang nak pegi tu jauh-jauh belaka pastu malam tu jugak ada kenduri pulak kat rumah Tok Su Mr. R, memang penat. Pada hari raya ke-4 pulak mak menakan buat launcing kedai makan dia kat Penang, so satu hari tolong berkedai cam best pulak actually itu utk makan-makan family jer tapi ntah macamana terjadi kenduri plak sbb orang keep pouring in ingat kedai baru bukak...semua makanan sold out. Hari tu Mr.R jadi supervisor check makanan cukup ker tak hehehe...nanti upload gambar.....

Friday, September 26, 2008

Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin

Dikesempatan ini kami berdua ingin memohon maaf kepada kengkawan yang membaca blog ini sekiranya apa yang ditulis disini menyinggung mana-mana pihak. Kami akan berhariraya di Teluk Intan hari raya pertama dan kemudiannya akan pulang ke Alor Setar, Kedah. Kepada kawan-kawan yang berdekatan dengan rumah mak mentua saya sila-silala menghubungi saya boleh kita kunjung mengunjungi satu sama lain.


p/s : First time beraya ngan mak mentua, I don't know what to expect, tapi paling haru baju raya utk dia tak beli lagik nie huhuhuhuhu....

Tuesday, September 23, 2008

Berbuka di Ofis

Today Mr. R ada urgent kes, dorang kena buat report and the discussion sampai sekarang pun tak habis lagi. Aku pun terbabit sekali, tak balik lagi nih, pulak tu hari nie bawak kereta manual, aku mana reti so tunggu jerla huhuhu. Berbuka kat ofisla alamatnya nie, first time nih untuk aku tapi bagi staf kat sini dah jadi pekara biasa dah, biasala berkhidmat untuk negara nak buat camner.
Baru tadi member Mr. R mintak tolong orderkan pizza so berbuka dengan pizzala hari nie, orang belanja bagus gak tu ^_^, tapi budak pizza tu kata dorang hantar after berbuka dlm 7.15 atau 7.20 huhuhu lambatnyerrrr......hari nie berbuka 7.11.........
Bercakap pasal berbuka darurat nie aku ada 2 pengalaman menyayat hatila masa mula-mula keje dulu pernah berbuka ngan maggie (sbb gas dah habis hehehe) and pernah berbuka dengan kurma jer sbb masih dlm bas tersangkut dlm jam. Time tu aku menyewa di Sunway biasala kalau Federal Highway tu time bulan puasa jam dia extra sket dari biasa.
Semalam plan nak berbuka di SOGO hari nie pastu nak membeli belah sket almaklum gaji baru masukkan tapi nampaknyer impianku musnah berkecai-kecai. Redha jerlaa (-_-). Hopefully esok janganler mcm nie lagi.

Thursday, September 18, 2008

18 Ramadhan

Hari nie dah masuk 18 Ramadhan, alhamdullillah semuanya berjalan dengan lancar. Mr. R pun tak banyak kerenah bab juadah berbuka dan juga time bersahur, apa yang aku masak dia makan jer. Bila dah macam tu kadang-kadang buntu jugak nak pikir apa nak dimasak untuk juadah berbuka. Biasanya aku akan beli kuih muih dan main dish akan masak sendiri tapi hari nie dah tak tau nak masak apa. Semalam buat nasi goreng nampak mcm tak jalan jer so hari nie rasanya kena jelajah bazaar Ramadhanla pulak. Actually kami cuma mengunjungi bazaar Ramadhan nie time weekend jer sbb kalau hari keje macam tak cukup masa sbb aku kena WP3 la pulak time Ramadhan nie takpela consider pada yang ada anak2 dan yang rumah jauh.
Tahun nie kemeriahan untuk berpuasa dan berhari raya tu ada kurenglaa sket, mana tak satu persiapan pun tak buat lagi, kalau tahun lepas time nie dah order kuih dah, kepala dah siap pikir nak beli apa untuk mak,abah ngan adik2. Cuma yang aku dan buat tempah baju aku ngan Mr. R jer yang lain tunggu gajilaa gamaknyer...maybe jugak sbb kenaikan harga barang itu sbb keexitedan untuk membeli tu terencat sket.
Tahun nie jugak aku rasa puasa paling hampeh untuk aku sbb TADARUS tak pegi, baca quran sendiri kat rumah pun tak buat pastu terawih sehari pun belum pegi lagik nie, Mr. R sorang jer pegi...heee pemaleh sungguh, hari nie kena paksa diri pegi terawih kalau tidak takde makna berpuasa dalam bulan yang mulia nie.
Hmmm...hari nie rasa cam nak makan Yong Tau Fu so kena pegi pasar Ramadhanlah...Apa menu anda hari ini..^_^

Wednesday, September 3, 2008

Family Day on the Eve of Merdeka Day

Acara bawak bola dalam sudu
Isi air dalam botol
Duet ikat kaki plus isi air dalam botol.

Inilah gambar2 Family Day RC masa Merdeka Day hari tu. Walaupun dibuat secara kecil-kecilan tapi meriah jugaklahh....dengan bajet yang ciput tu dapatla jugak sediakan goodies, hadiah permainan, lucky draw and cover food untuk BBQ malamnya. Semua orang kira enjoy and happylaa and the apartment pun quite cozy sesuai untuk family besar sbb ada 3 bilik dengan harga RM90 semalam (government rate).




Ada juga majlis harijadi untuk semua staff RC terhavoc jap tempat tu bila kami nyanyi reramai hehehe....Keesokkannya semua dengan activity sendiri yang pasti swimming pool jadi tumpuan dari anak-anak sampailer ke maknya sekali and after that masing2 ke destinasi masing2, aku terus balik ke TI sbb dr K.Selangor tu dah tak jauh so balik jerlaa untuk sambut ramadhan dengan mak ngan abah.

Friday, August 29, 2008

Cooking

2 hari lepas tetiba je nak menyuba resepi dari negara barat...cheewaahhh...makan omputihlaa pulak dah hari-hari asyik makan nasik jer pipi pun dah kembang setaman. So jalan-jalan kat satu blog kakak nie dia tempek gambar dinner yang dia buat untuk family dia, tengok resepi simple and bahan-bahan semua ada kat rumah. Tiba kat rumah terus "bersilat" kat dapur berusaha keras untuk menyiapkan dinner untuk berdua, something simple and healthy so "Coney Dog" for our dinner that day. Boleh tahan gak rasa dia sbb telah diolah dengan tekak melayu yang suka pedaskan. Mr. R makan tak berbunyi gitu tandanya sedaplah tu ^_^
Itu angin tengah rajin bolehlaa buat resepi lain dari kebiasaan tapi semalam pegi membeli barang-barang dapur kat OTK, sampai rumah dah marghrib so perasaan nak masak tu teramatlaa...malasnya so for dinner we had MAGGIE AYAM CENDAWAN hehe...bini sapalaa nie pemaleh sungguh hehehe soo the tak healthy one. Nasib baik Mr. R tak komplen dia kata sesekali makan Maggie sedap gak. Huiishhhh legaaaa......^_^

Bulan puasa nie nak pikir pulak menu yang boleh membuka selera.

Thursday, August 28, 2008

Ramadhan al Mubarak

Lagi 3 hari semua kaum muslimin dan muslimat di seluruh dunia akan menjalankan ibadah puasa di bulan Ramadhan. Bagi sesetengah kaum wanita yang belum habis ganti puasa saat-saat akhir nielaa cuba mengganti mana yang patut. For me hari Isnin lepas barulaa habis ganti puasa, ada 11 bulan sebelum bulan ramadhan tiba tak nak ganti bila dah hujung-hujung bulan tulaa yang baru pulun nak ganti......


Cakap pasal Ramadhan nie, aku tak pernah ingat mcmana keadaan aku time kanak-kanak dulu agaknyer sama mcm orang lain kot....ada orang curi makanlaa...mandi lama-lama dan macam-macam lagilaahh...Seingat aku masa kecik aku selalu berpindah randah sebab abah aku askar tu yang tak ingat pengalaman puasa time kecik-kecik dulu. Budak-budaklah yang seronok sangat bila time puasa sebab nak raya kan pastu nak dapat duit raya tapi budak-budak sekarang tak taulaa...kalau kat kampung atau time aku duduk kat kem askar dulu kami ada geng pegi beraya, rumah orang tak kenal pun masuk jugak sbb nak kutip duit raya ^_^. Budak-budak sekarang mengadap tv jer so makna raya tu sendiri dah hilang. Bila balik kampung sementelah pulak duduk di kalangan orang-orang jawa sbb abah jawa....kami panggil bara'an so ada geng anak teruna dan anak dara...satu kampung kami pusing bukan untuk kaut duit raya arr tapi untuk bermaaf-maafan antara jiran tetangga. 2 hari jugak ler baru habis satu kampung, masa time anak dara dulu mcm boring jer kalau kena pegi bara'an tapi bila dah kawen I miss those thing actually aku stop pegi bara'an bila geng-geng aku banyak yang dah kawen so tak kan nak join budak-budak cheniap pulak tak sessuaiiiii gitu. Cuma sekarang nie aku ngan adik-adik akan pegi beraya rumah sedara mara yang rapat atau makcik-makcik yang kami kenal rapat.

So tahun nie aku berpuasa berdua pulak...nervous jugak tak tau nak expect mcmana. Siap tanya tu "you sahur apa ekk selalu", maybe I'm lucky sbb my Mr.R cuma lalu roti jer time sahur katanya tapi takan nak sediakan roti kosong jer yer tak...takan hari-hari nak bagi roti Gardenia kot kenalaa pelbagaikan roti, roti puri ker, roti sandwich ker, roti canai ker....ROTI CANAI ?????? errrkkk pandai ker tebar hehehe fenin-fenin....tu blom bab juadah berbuka lagi memang banyak makanan kat pasar ramadhan tu tapi kalau dah hehari kopak jugak yer tak.....So we'll see camnerlahhh...

Selamat berpuasa bagi semua kengkawan dan mohon maaflaa kalau sepanjang persahabatan ada yang tersinggung terkecik hati dengan diriku ini.

Salam Ramadhan.

Friday, August 22, 2008

At last - Berakhir Satu Penantian

Hari nie last day my Mr. R berkursus..best..best..best ada kawan balik kat rumah. Dah 6 bulan duduk sengsorang kat rumah hanya ASTRO jadi peneman setia setiap kali balik dari kerja. Kadang-kadang sampai boleh bercakapla dengan ASTRO tu punyala takde kawan hehehe nak kol kengkawan dorang pun busy dengan family sendiri sesekali bolehla. But starting today the environment will change tapi tak tau pukul berapa nak sampai rumah tu. Tadi kol pun dia masih ada taklimat, tak tauler taklimat apa, dah pengakhir kursus pun masih ada aktiviti hhmmmpphhh....So from tomorrow normal aktiviti that we always do together will be back as usual such as jogging kat tasik belakang rumah(ini kalau rajin), kemas rumah^_^ or just jalan-jalan kat shopping complex dan yang wajib surela MV hehehe favorite place tu.


Starting today jugak kepala aku mula ligat memikirkan menu-menu untuk weekend nie dan jugak hari-hari mendatang nasib baik ada blog-blog resepi yang memudahkan kerja hehehe especially Che Mat Gebu, Kak Liza and myresepi. Walau tak pernah kenal mereka nie tapi blog diorang nie banyak berjasa buat aku yang bolehla dikatakan baru melayari alam perkahwinan nie dan agak liat untuk masuk dapur masa time anakdara sunti dulu (bukan apa sbb dah ramai chef yang berbakat so kita tinggal tolong apa yang patutla ^_^). Dah kahwin nie kenala merajinkan diri demi my Mr.R.

Sepanjang dia berkursus tipula kalau perasaan prasangka tak muncul dalam hati nama pon pompuankan....but I try not to question a lot takut nanti lain pulak cite yang timbul but once in a while I will remind him about his promise to me....there's time I will merajuk when i didn't get jawapan yang memuaskan from him tapi yang bengang tu bukan nak pujuk sbb dia kata tak fairlaa kalau sorang jer merajuk kena dua-dua orang sekali merajuk so sesama kena pujuk...bleh tak hiiiiiiiiii.....gerammmmm......Oklaa I'm going to get ready to go back and today tak masak so pasar malam here I come........^_^
Note : One of my best and understanding friend will move back to her hometown next month for her new post in one of the best university there, so no more gossiping no more makan-makan at her place no more jalan-jalan I will miss her and also another my bestfriend will fly to UK also next month accompanie her husband to futher study..I will miss both of you ladiesss......

Monday, August 18, 2008

An Exhausted Weekend

Penat sungguh rasanya minggu nie. Drive pegi balik KL-TI, TI-KL , KL-TI then TI-KL again. Adoiii rasa penat sangat. Hari nie aku 1/2 day keje sepatutnya orang gomen mcm aku nie mana boleh half day tapi disebabkan boss takde so aku gamble jerlaaa....

Ceritanya last weeks ada kenduri kahwin di Shah Alam rumah sedara, so abah mintak aku bawakkan dia kesitu tapi knowing abah dia tak pernah nak bermalam di KL so pepagi dah gerak ke KL then petang tu jugak balik TI. Sebelum balik tu kira abah ngan mak roundlaa jugak rumah anak2 dia, itu baru 3 orang anak yang duduk kat KL nie kalau 6 aku tak taule. Dalam satu hari nak round semua, nampak dia penat sangat semalam ^_^. Apapun pengantin semalam nampak cantik, tema kaler hijau terkebetulan pulak baju kurung aku pun kaler hijau gak hehehe...teringat time jadi pengantin dulu ^_^ mcm semalam je baru naik pelamin walau dah 8 bulan turun pelamin hehe....
Hari ini terpaksa balik semula ke KL sbb 2 boss kat ofis tu takde cuti rehat kalau aku cuti gak karang berdondang sayang pulak bebudak kat opis nie, ikutkan hati nak EL jer. Sepanjang jalan balik hujan selebat-lebatnya. Berenti kejap kat R&R tetiba my sis. kata "Apsal keta kakak berasap?". Mula-mula ingat takde apa2 tapi teringat maybe air kurang so bawak pelan-pelan ke stesen minyak terdekat mintak tolong aci kat situ tengokkan. Bila bukak hood jer sah berasap kat dalam cuma taklaa teruk sangat asapnyer...so taklah panik sangat kalau sengsorang tadi tu sure dah tak tau nak buat apa dah. Rupa-rupanya cooler keta kurang kenalaa 40 hengget. Dalam keadaan kering time nielaa dia nak berasap. Inila first time aku alami kereta rosak kat highway nasib baik berdua, kereta tu sejak beli tak pernah meragam pun tu yang ambil mudah jer segala benda berkenaan dengan kereta nie. Nak dimudahkan ayat kira buta kereta gak ler aku nie, semuanya bergantung pada orang kat bengkel tpt aku pergi servis selalu tu. So dah tukar air ngan cooler aku pun meneruskan perjalanan ku cheewwahhhh...Sampai KL dah 11.30 kira oraitlaa tu.

Hmmm..... minggu nie adalah minggu terakhir my Mr.R berkursus tak sabar rasanya to be with him again. Starting next week we will be fulltime husband&wife again hehehe....and I think lots and lots of work to arrange our life back in term of "job description" ^_^, to redecorate our house (persediaan raya plus MIL nak datang hehehe..)we have to think and to do.
Pose nak dekat dah wehhh....pose dah ganti ker??????
Salam Merdeka........

Thursday, August 14, 2008

Butakah Cinta

Benarkah cinta tu buta atau orang yang mengalaminya sengaja membutakan mata semata-mata untuk mempertahankan apa yang dirasa.
Benarkah cinta itu buta atau cinta itu sengaja dibutakan untuk melindungi orang yang disayangi. Tapi butakah cinta kalau cinta yang diberi dipersiakan dan dikhianati.
Butakah cinta kalau sepak teranjang menjadi makanan harian.
Butakah cinta kalau sepanjang masa menjeruk rasa.
Butakah cinta kalau sentiasa dalam ketakutan
Butakah cinta kalau maruah diinjak-injak
Butakah cinta kalau kesetiaan sering dipersoalkan
Butakah cinta bila tiada lagi pertimbangan di dalam diri
Persoalan cinta amat kompleks
Sedarlah bukan semua cinta
Perlu dipertahankan
Sedarlah bukan semua cinta itu benar
Sedarlah cinta suci
Hanya pada mereka yang benar-benar menghayatinya
Sedarlah cinta suci
Adalah yang berlandaskan panduan dariNYA
Sedarlah cinta suci
Apabila saling memahami dan menghormati
Sedarlah cinta Agong
hanya UntukNYA

Monday, August 4, 2008

Nostalgia Karton dan Drama Jepun Zaman Meningkat Dewasa



Pagi td dalam kereta dengar HOTFM, topik pagi nie Kenangan Karton Semasa Zaman Kanak-Kanak, rindulaa pulak pada siri karton yang pernah jadi kegilaan masa kecik-kecik dulu lebih-lebih lagi bila dorang putarkan lagu-lagu mcm karton Jem & The Hologram, Thundercat, Transformer, Smurf, Carebear wahhhh rasa macam kembali semula ke zaman kanak-kanak. Tapi drama Jepun yang selalu membuatkan aku selalu ponteng tuisyen drama Moero Attack wahhh rasa rugi sangat kalau termiss satu episod. Ingat word dia ..."tendangan berputar" ^_^, bola dia sejam kat atas baru jatuh tu..dahsyat sungguh hehehe..., pastu cerita Chiaki pasal paramugari JAL Airlines yang paling tak boleh lupa satu watak pompuan dengan tangan palsu besi dia, kalau nak bukak sarung tangan dia mesti guna gigi hahaha...Haa lagi satu yang paling popular sekali GABAN sampai ada kakak senior kitorang, kami panggil dia GABAN.....wakata..wakata GABANNNN....camtulaa serba sikit lagu dia.....Wahhh nostalgianyerrr.....isk..isk..isk...


Karton Disney pon aku suka jugak, tapi yang ini berbeza sket sbb aku suka lukisan dia yang cantik pastu mesti citer-citer pasal puteri-puteri yang cantik putera yang hensem pastu mesti ada mak tiri and kakak tiri yang jahat. Tapi sekarang nie aku still suka tgk karton cuma karton sekarang berbeza sangat dengan karton dulu. Hmmm apa karton kegemaran anda.

Friday, August 1, 2008

Cintamu

CINTAMU- DATO' SITI NORHALIZA
Nota Cinta Lama Ku Jadikan Lagu
Walau Tidak Seindah Bisik Kata Yang Kau Beri
Tetap Dalam Hati
Siang Malam Menanti
Tak Jemu Aku Dibuai Kerinduan
Belum Pernah Ada Getaran Sebegini
Memang Benar Aku Dilanda
Cinta Kepadamu
Bercahaya Hidupku Dalam Taman Cinta
Sehingga Segalanya Seperti Pelangi
Kau Sambutlah Rindu
Jangan Lepas Lagi
Ku Patri Setia Seteguh Kasihmu
Buatku
Kini Ku Temui
Insan Yang Ku Sayangi
Sentiasa Disisi
Bagai Bintang Yang Berseri
Tetap Dalam Hati Siang Malam Menanti
Tak Jemu Aku Dibuai Kerinduan
Belum Pernah Ada Getaran Sebegini
Memang Benar Aku Dilanda
Cinta Kepadamu
Bercahaya Hidupku Dalam Taman Cinta
Sehingga Segalanya Seperti Pelangi
Kau Sambutlah Rindu
Jangan Lepas Lagi
Ku Patri Setia Seteguh Kasihmu
Buatku
Satu Jawapan Engkau Berikan
Bisaku Rasa Segala Rahsia Asmara
Kau Pesona CintaYang Membawa
Bahagia
Bercahaya Hidupku Dalam Taman Cinta
Sehingga Segalanya
Seperti Pelangi
Kau Sambutlah Rindu
Jangan Lepas Lagi
Ku Patri Setia Seteguh Kasihmu
Buatku...

Thursday, July 31, 2008

Tempoyak

Disebabkan sekarang nie tengah musim lambakan durian (anti-dumping of durian ^_^) hari nie nak cite sket pasal tempoyak. This is the only food made by durian yang aku boleh makan selain dari tu memang tak boleh masuk dalam tekak nie buatla apa bubur, kek, kuih any delicacies yang berperisa durian memang tak boleh terima lebih-lebih lagi kalau air durian yekkk camner orang boleh minum air durian apalaa rasanya yer.... aku paling suka kalau masak asam ikan kembong dengan tempoyak mau bertambah nasik 2,3 kali tak pun sambal ikan bilis tempoyak huuiisshhh makan nasik dengan tu jer memang kalau mak mentua pusing-pusing buat satu round kat aku pun tak nampak hehehe....
Mengikut kawan aku yang memang pure orang Kampung Gajah cara buat masak asam tempoyak yang asli adalah semata-mata cili padi mengikut secukup rasa dan pedas then campur tempoyak, ikan any ikan boleh tapi ikan kembung dan patin menjadi pilihanlaaa...pastu serai yang dititik dan daun kunyit yang dicarik-carik rendidih bahan ini didalam air yang secukupnya. Pastu boleh makan bersama nasik panas disertai dengan ulam-ulam kampung huiiiii memang syahduuuuuu.....tapi lain tempat lain cara resepinya mengikut kesukaan ^_^
So esok dah pakat-pakat ngan member kat opis nie nak bawak sambal bilis tempoyak untuk makan tengahari almaklum Jumaat kan rehat panjang so ada makan-makan sikitlaaa.....Balik nie kena singgah kat kedai ENAM BESAR beli serai ngan daun kunyit.

Tuesday, July 29, 2008

Balik Kampung II

Last week balik kampung lagi dengan mission nak bawak balik rambutan banyak-banyak...eeeiii tamaknyer ^_^. Actually my lil. sister datang KL last week nak beli baju raya katanyer, pose pun tak lagi dah nak beli baju raya. Err pose dah ganti ker???. So ambik satu hari cuti then kami pusing satu Jln TAR cari baju yang diidamkan, dekat nak patah jugaklaa kaki baru jumpa baju idaman. Sekarang nie rata-rata orang dah buat persiapan raya, kedai jahit dah ada yang tolak tempahan sbb dah banyak sangat baju diterima, kadang2 terpikir gak nak belajar menjahit bila time-time camnie boleh buat duit tu.... We had out lunch merangkap makan petang kat Foodcourt SOGO, kat sini lagi le havoc sbb SOGO tengah buat sale tapi disebabkan dah penat so maleh nak pusing-pusing SOGO kami terus balik jer.
Esoknyer pagi-pagi lagi dah bertolak balik ke TI, perjalanan smooh and sleek tak banyak sangat kereta tapi yang bestnyer lepas je tol aku suruh my lil. sis bawak dia nie baru jer dapat lesen so ok "I try...." dia bawak ok jer tapi yang duduk kat sebelah tulaa asyik tekan brek angin hehehe....asyik dok pegang tali seat belt mana tak baru dapat lesen dah berani nak potong-potong lori kat depan..."Kakak you make me scaredlaa...." that her word bila aku over pegang tali seatbelt dengan sesekali mulut nie bising gak suruh bawak slow ^_^. We reached TI safely, sampai depan rumah tu dia bawak..bangga giler sesekali bagi chance.
Balik KL abah dah bekalkan 3 beg plastik besar rambutan, separuh daripadanya aku bawak kat opis nak makan sorang tak terlaratlaa....paling tidak buat jem ^_^, sebelum balik sempat jugak makan durian sebijik hehehe supaya tak kempunan sbb kali nie tak bawak balik durian. So next balik kampung bulan depanlaa kot....tak pun balik untuk sambut Ramadhan. Eh selalunya abah akan buat kenduri sambut Ramadhan takan tahun nie tak buat kot ishhh kena tanya nie....

Wednesday, July 23, 2008

"Thinking Out Of The Box"

Last week I have to attend a course (or may I say 'diarahkan menghadiri' ) on 'thinking out of the box' di JB and at the same time Mr. R ke Kuala Lipis, ada program anak angkat di sana nampaknya sorang ke timur sorang ke selatan. macam bz benor tapi takde apa pun sebenarnya. In the beginning I feel like I don't want to go but in second thought why not, this is the only way I can get away from office environment for a while. Tapi coursenyer hari Jumaat hingga Ahad still on Monday I have to come to work. Actually ditpt aku bekerja sekrg pekara nie bukan sesuatu yang baru ia telah menjadi amalan sebenarnya semuanya nak lain daripada yang lain yang seksa orang yang nak merealisasikan tulaa. Sampai berkampong kat opis semata-mata nak memenuhi citarasa orang-orang tertentu.
Well back to what I have done in the course last week, actually kursus ni adalah satu eye opener bagi aku dimana pemikiran kritikal diperlukan. opppsss kena sambung esok nampaknyer....

Monday, July 14, 2008

Musim Durian & Balik Kampung



Cadangan untuk balik kampung dah tertangguh 2 kali disebabkan kekangan ekonomi yang mendesak ^_^ so bila dapat phone dari kampung dengan subjek utama "Bila nak balik kampung?", sekali lagi soalan itu diajukan pada Mr. R, mula-mula dia berat hati jugak sbb kalau naik public transport jimat sikit tapi kalau bawak kereta sendiri nie kena pikir 2 kali jugak dengan harga minyak yang dah naik.

So the second call dari kampung berbunyi begini "Kamu tak nak balik ker, durian dah banyak yang jatuh nie kalau lambat tak merasa...." I was jump up hearing that. Durian is always my favorite fruit and I also have my favorite pokok at kampung, abah will save for me durian from that particular pokok. Actually pokok tu is everybody punya favorite sbb isi dia yang lemak dengan kaler kuning yang sungguh menyelerakan yummy...so I told Mr. R we have to balik kampung by hook or by crook. And here we are, last week the mission to balik kampung was accomplished and we manage to bring back 20 biji durian to KL. Some of it I gave to my aunt who also "hantu" durian together with fresh tempoyak and ulam jering, and the rest will go to his friends.

For me tak ambik satu pun sebab dah puas makan kat rumah, sedawa pun dah bau durian hehehe...lagipun makan sengsorang tak bestlaa takde thrill....

Our journey from KL-TI hujan selebat-lebatnya pandangan tak sampai pun 50 meter ke hadapan, tak nampak langsung kereta kat depan. But Mr. R show off his skill and we managed to reached TI 2 hours later safely. Sampai jer abah dah tunjukkan durian yang dia simpan untuk aku, memula kata kejap lagilaa, nak mandi dulu tapi bila abah dah bukak sebiji hmmm tak ingat dunia makan. Mr. R tidak memperlihatkan ke-excitednyer pasal durian nie tapi tengok lepas sebiji sebiji jugakla masuk mulut dia. Then malam pulak we had ikan masak asam tempoyak berulamkan jering wahhhhhhh terasa berada di shorga tuuu....but he didn't touch the tempoyak maybe the ayam goreng rempah more indulged him hehehe....he can eat the ayam rempah with only rice and the serbuk other things tolak tepi hahaha....Men kalau dengan ayam masak apa pun habis. Breakfast I had durian again!

Perjalanan balik not so good sbb dengan durian dibelakang dan terpaksa bukak aircon sebab hujan so the hard aroma of durian had "knock" my head, half of the journey going back to KL I fast asleep walaupun dah kena sound "jgn tidoq" but what to do......

Durian most favorite fruit for Malaysian people but not for some maybe sbb baunyer yang kuat. One of my friend even its smell can change her mood, she can turn into "hulk" hahaha jangan marahhh arrrrr....

Hmmm rasanya mcm nak balik lagilaaa kali nie rambutan pulak balik hari tu tak masak sangat lagi maybe after gaji wahhhhhhh......

Friday, July 11, 2008

Counting Time

Hari ni dah hari jumaat, rasa sekejap jer dah seminggu. Sekarang nie tengah counting time bila my Mr. R akan tamat kursusnya yang 6 bulan tu, tinggal sebulan jer lagi. So after this we will be together again hehehe.....maybe my life will be different after this, balik kena masak sekarang nie balik keje terus lepak tengok tv, pukul 8 mlm baru kelam kabut nak mandi nak solat.
Tak lama lagi bulan ramadhan, this year is our first year fasting together, mcmana yer keadaannya nnti sbb kalau duduk bujang dulu kalau rasa malas nak sahur tak payah bangun nie dah bersuami kalau dia kata tak kisah pun kita kena kisah, kebajikan suami kena jaga beb nnti dia compare dengan orang lain. Itu kata abah akulaaaa....and some of my friends terutama ada sorang supplier nie dia aku dah anggap mcm abang aku sendirilaa dia banyak bagi tip dari kacamata seorang lelaki. Penting tu! Bunyinyer macam satu kehidupan yang sempurnakan tapi kalau sempurna sangat tak best pulak kita kena ada ups and down kata orang nie musim bunga jadi enjoy the time first yang lain kita kena berserah padaNYA.

Wednesday, July 9, 2008

Alhamdulliah

Satu-satunya lagu kumpulan Too Phat yang aku suka sampai sekarang. Mesej yang ingin disampaikan melalui lagu ini jelas sekali. Gandingan bersama Yasin sebagai penyanyi latar mendendangkan lirik-lirik indah di dalam bahasa arab dan puisi dari Dian Sastrowardoyo amat menyentuh hati.
Di dalam dunia yang semakin kompleks dan mencabar kini kadang-kadang kita terlupa untuk mengucapkan ALHAMDULLIAH pada setiap apa yang kita kecapi, seolah-olah tiada kuasa lain yang menyokong atas apa yang kita usahakan dan peroleh. Apa yang kita tau hanya merungut dan menyalahkan pada keadaan apabila musibah menimpa diri. Waktu kesusahan baru teringat akan DIA tapi waktu diselubungi kebahagiaan tidak sekalipun ucapan itu terlintas di minda atau dilidah kita. Oleh itu renung-renungkan dan selamat beramal ^_^

ENJOY THE SONG!!!

Thursday, July 3, 2008

Mogok

Hari nie si Fafau dan FBI bercakap pasal mogok. Macam-macam cara orang mogok nie ada yang mogok laparla, mogok buat tak taula, mogok masakla, sengsarala suami-suami yang kena mogok tak nak masak nie lebih-lebih lagi kalau yang jenis tak suka makan kat luar. Itu adalah mogok yang kecil-kecil but here we don't talk abt the big mogok in the country let "them" handle that. Hmm...I was once buat mogok nie during b'chenta kengkadang seronok gak tgk dia kelam kabut so that we know he care, but the result I regret until now becoz that was the biggest mogok I ever done to him and something happen.
My Mr. R not the kind yang pandai memujuk kalau sesi mogok dilancarkan paling-paling pun dia akan cakap "Janganla merajuk, I tak pandai nak pujuklaaa..." tapi kalau tak mogok we cannot express our anger cos I'm not the kind yang suka membebel bila marah, bila marah lebih suka mendiamkan diri, protestlaa konon-konon. Tapi selalunya mogok nie not last than one day afterthat life would be normal again, tak tahan betulkan hehehe.....
Tapi sekarang I tukar taktik sbb kalau I diam dia lagi diam dgn harapan I akan baik sendiri so I mix diam plus I will tell him that today I feel angry at him and I merajuk then dia akan faham and start asking what have he done. Sometimes kena xpress jugak apa yang kita rasa kalau pendam nanti lelama jadi depression pulak tak naklaa....So today I'm fasting hmm what's for my break fast hari nie yer.....think..think....

Monday, June 30, 2008

Wanted


Last weekend we decided to tengok wayang kat Midvalley. Kat mana lagi sejak berdating sampailaa dah kawen nie tempat favourite itulaa dianye, agaknya sebab selesa and semua ada kat situ ada Carrefour, Jusco, Foodcourt yang agak murah, MakanPlace yang reasonable price, The Garden (ini boleh tgk jelaa...).

So kami pilih cerita Wanted action fiction movie, Angelina Jolie sebagai heroin. Tengok pada promo macam best movie nie. Hmm berapa bintang yer patut aku bagi pada cerita nie 3 bintang jer kot. Action stunt dari Angelina memang superb tapi tak taulaa kalau pakai stuntmankan, badan dia usah cakapler tapi yang serabutnyer kat badan dia nie penuh tatoo. Ceritanya pasal pertubuhan yang mengelar diri mereka sebagai Fraternity, diorang nie pembunuh takdir kononnyerlaa...kenapa diorang digelar sebegitu pegilaa tengok sendiri. Nak bagi ulasan tak pandailaa hehehe...

Friday, June 27, 2008

Babysitter


Semalam dapat call dari adik aku...."Kak boleh jaga Nurin tak?.... beberapa saat jugak aku terdiam, this is second time dia mintak tolong. bukan tak boleh jaga tapi bila dia melalak tunjuk perasaan tu yang panik jap. Anak-anak sekarang baru setahun jagung dah pandai tunjuk perasaan kalau kemahuan tak dituruti. Macamana pulak kalau anak sendiri nanti????....
Tanya kat my Mr. R dia kata ok jer lagipun sabtu nie dia balik lewat petang ada futsal katanya. So I just accept it. Praktis jaga budak hehehe...so kena siapkan minda dan fikiran bila dia nangis nanti. Pengalaman pertama aku tak tau nak buat apa bila dia perasan mak dia dah "hilang" dekat sejam gak ler dia nangis dah habis ikhtiar memujuk aku biarkan jer dia nangis sampai diam, pakaikan baju terus tertido, time tu lupa nak bagi susu almaklum first time hehehe.....
Hmmm sometimes I wonder what is the best method to raise children, is there any rules how to teach our kids to be a better person, kalau difikir-fikirkan memang mcm tak bersedia utk ada anak sbb takut nnti tak boleh mendidik dengan baik, takut resultnya tidak seperti yang diimpikan. Takut jadi macam SI TANGGANG. Kalau ikut pakar motivasi mendidik anak perlu pakai psikologi tak boleh marah-marah tak boleh pukul-pukul, anak kita mesti treat dia mcm kawan tapi pada aku kalau dah macam tu keadaannya dimana respectnya seorang anak kepada seorang ibu atau bapa. This is just my thought. But I can't wait to have mine and he love to have lotszzz of children but we'll see... rezki itu dariNYA. Berapa pun dia nak beri hanya kata-kata syukur patut diluahkan.

Wednesday, June 25, 2008

English Class

Rasanya bahasa ke-2 nie dah di ajar sejak kita darjah satu lagi. Aku ingat dah habisla sesi pembelajaran bahasa nie bila grad dr IPTA dulu. Tapi sangkaan aku meleset, tempat aku keje sekarang nie mewajibkan semua kakitangannya untuk belajar semula bahasa ke-2 nie. Siap kelas disediakan dan cikgu-cikgu diambil dr Universiti tempatan yang tersohor hehehe....

Tapi aku nie malehnyerr kalau tiba hari Isnin dan Rabu, salah satu sbb kelas nie start pukul 5 time tu otak dah tepu dan penat dah so tak fokuslaaa. Tapi kalau tak pegi pulak kena mengadap orang atasan tu yang tak tahan tu nak tak nak kenalaa pegi jugak plus buat jugak homework yang diberi dengan hati yang separuh. Oklaa nak pegi dah esok sambung huhuhuhu....

Tuesday, June 17, 2008

P/S I LOVE YOU


I had this book which I bought it a few month ago tapi sampai sekarang tak habis baca lagi. Tak taula bila nak habis. Ceritanya menarik siap boleh nangis tu masa baca introduction buku nie tu yang terus beli tu. Tapi bila dah beli mcm tak sanggup plak nak baca. Maybe becoz I pray this thing won't be happen to me.
Kisahnya memang syahdu about this girl named Holly yang cuba bangkit semula selepas kematian suaminya dengan bantuan surat-surat yang lebih kepada "List" yang ditinggalkan oleh suaminya. Setiap hari akan ada satu List yang perlu dibaca oleh Holly.
Tak boleh nak bagi summary lebih-lebih sbb tak baca habis lagi hehehe..... Harap-harap lepas nie bolehlaa habiskan buku nie. Worth buying and reading this book. "Penghargaan pada Amazon.com sbb meminjamkan visual ini"

Thursday, June 12, 2008

Dalam Senyum Ada Sakitnya...

Wow 2 entry in a day..very impressive hehehe....Actually as at pukul 11.00 tadi my mood goes upside down I feel sooo GERAMMM and MARAAHHHH but I have to keep smile and cool which is very hard to do and in same situation I feel like I am disturbing other people space with all my problems. Suddenly I feel like as an employee I am so depending to other people, uncommited, demoralized, talk to much nothing being done (peribahasa orang melayu kata macam ketuk tin kosong bunyi kuat tapi takde isi)etc,etc,etc and this people they have this smirk at their face try to tell me that "ohh how stupid this girl even the simplest thing she have to ask for help to others". I am a kind of person who like second opinion from others coz for me only other people will spot what mistake yang dah kita buat. And I hate treated like I did'nt do my job well which I've done long ago. If you need to know the status of what I'm doing ask nicely, don't makes face or raise your voice. What you feel if you get the same treatment from others. In other situation HUMILITION is a no-no thing in Personnel Studies but some people do that. For me eventhough its hurts me A LOT I try to muhasabah diri maybe its me who is wrong. Malu memang malu and the story will on and on and people will talks and remember it for as long as adecade but life must goes on. After almost 10 years here maybe I should ask for tranfer bak kata orang otak dah tepu you need something NEW something FRESH. Betullah kata one of my closeses friend this is a place where you can luahkan what you feel to make you feel good again bcoz even we have a very understanding partner they still don't understand what we've been through if we tell them bcoz MEN FROM MARS AND WOMEN FROM VENUS.

ViewBlog and Other Stories

2 hari lepas aku dapati aku tak boleh nak view blog aku sendiri nak buat camner kan, dah polisi tempat aku bekerja nie. So terima tanpa banyak songeh. Apa yang boleh dibuat hanya update jerlaa blog aku nie walau tak dapat nak melihat apa yang aku tulis. Maybe after my Mr.R decide to take whether stremyx or Jaring until then I have to put my thought and my mind using office PC and internet line hehehe...
Yesterday was a hectic day banyak keje nak buat then telefon plak tak reti nak duduk diam asyik berdering mohon perhatian. Layan jer laa bak kata Farah Fauzana. Last nite, I have a long chat with my Mr. R memacam gosip diciter ngan luahan perasaan sekalilaa sampai satu part I feel like alamak he only being a listener to all my grumble and my story things and I don't even ask about his day. So with a low tone voice I ask him "What did you do today" he just laugh a bit and said takpelah we have the whole weekend to talk about my day hehehe.....Sometimes I just hope this kind of understanding will last forever but only HIM knows what will happen in future. We just pray for the best. Amin.

Monday, June 9, 2008

Penat

Minggu lepas, minggu yang paling memenatkan manakan tak asyik berulang dari utara-kl, dua kali tu sekali secara solo yang kali kedua ngan Mr.R. Tapi itula pengorbanan setelah bergelar seorang isteri. Kita bukan sahaja kawen ngan orang yang kita cintai tapi turut kena berkahwin dgn family or should I say ngan mak dia sekali ^_^. Ada 2 majlis kahwin dalam minggu tu jadi kenala tunjukmuka. Disebabkan harga minyak dah naik so we decided to take bus, tapi dengar-dengarnya harga tiker bas pun nak naik so what alternative yang kita ada hmmmpphhh.....
So semalam sampai KL dah pukul 4, tiba kat rumah dah 4.30 petang...cakap ngan Mr.R dah penat nak prepare dinner so dia kata it's ok just masak nasik then lauk belilaa....Hmmm..dalam nak berjimat some situation terpaksalaa hehehe nasib dapat hubby yang memahami kalau tak hai ntahlerrr.....Thanks dear for understand me....tapi sebelum tu sempat jugak masakkan jejemput bawang untuk minum petang itu jerlaa yang termampu setakat semalam. Be4 10.30 semalam hantar my Mr. R balik semula ke INTAN(actually hantar kat kereta je ^_^) so again minggu nie solo baliklaaa sehingga weekend nie....Bak kata dia "sekarang adalah waktu-waktu susah jadi sabar jerlaa"...

Friday, June 6, 2008

Kesempurnaan Yang Belum SEMPURNA


This is my first blog and first entree....sebelum nie hanya menyelam ke blog orang lain tapi merasakan satu keperluan untuk tidak ketinggalan di dalam gelombang ini, ku memaksakan diri untuk menceburkan diri dalam bidang ini. Hmmm...perkataan TERPAKSA itu sepatutnya tiada dalam kehidupan seseorang perlu ikhlas dan ada motivasi diri untuk melakukan satu ANJAKAN PARADIGMA diri. Mungkin blog ini belum SEMPURNA sepenuhnya , masih banyak yang perlu ditokok tambah usaha itu perlu untuk meneruskannya.