Thursday, July 31, 2008

Tempoyak

Disebabkan sekarang nie tengah musim lambakan durian (anti-dumping of durian ^_^) hari nie nak cite sket pasal tempoyak. This is the only food made by durian yang aku boleh makan selain dari tu memang tak boleh masuk dalam tekak nie buatla apa bubur, kek, kuih any delicacies yang berperisa durian memang tak boleh terima lebih-lebih lagi kalau air durian yekkk camner orang boleh minum air durian apalaa rasanya yer.... aku paling suka kalau masak asam ikan kembong dengan tempoyak mau bertambah nasik 2,3 kali tak pun sambal ikan bilis tempoyak huuiisshhh makan nasik dengan tu jer memang kalau mak mentua pusing-pusing buat satu round kat aku pun tak nampak hehehe....
Mengikut kawan aku yang memang pure orang Kampung Gajah cara buat masak asam tempoyak yang asli adalah semata-mata cili padi mengikut secukup rasa dan pedas then campur tempoyak, ikan any ikan boleh tapi ikan kembung dan patin menjadi pilihanlaaa...pastu serai yang dititik dan daun kunyit yang dicarik-carik rendidih bahan ini didalam air yang secukupnya. Pastu boleh makan bersama nasik panas disertai dengan ulam-ulam kampung huiiiii memang syahduuuuuu.....tapi lain tempat lain cara resepinya mengikut kesukaan ^_^
So esok dah pakat-pakat ngan member kat opis nie nak bawak sambal bilis tempoyak untuk makan tengahari almaklum Jumaat kan rehat panjang so ada makan-makan sikitlaaa.....Balik nie kena singgah kat kedai ENAM BESAR beli serai ngan daun kunyit.

No comments: