Thursday, August 28, 2008

Ramadhan al Mubarak

Lagi 3 hari semua kaum muslimin dan muslimat di seluruh dunia akan menjalankan ibadah puasa di bulan Ramadhan. Bagi sesetengah kaum wanita yang belum habis ganti puasa saat-saat akhir nielaa cuba mengganti mana yang patut. For me hari Isnin lepas barulaa habis ganti puasa, ada 11 bulan sebelum bulan ramadhan tiba tak nak ganti bila dah hujung-hujung bulan tulaa yang baru pulun nak ganti......


Cakap pasal Ramadhan nie, aku tak pernah ingat mcmana keadaan aku time kanak-kanak dulu agaknyer sama mcm orang lain kot....ada orang curi makanlaa...mandi lama-lama dan macam-macam lagilaahh...Seingat aku masa kecik aku selalu berpindah randah sebab abah aku askar tu yang tak ingat pengalaman puasa time kecik-kecik dulu. Budak-budaklah yang seronok sangat bila time puasa sebab nak raya kan pastu nak dapat duit raya tapi budak-budak sekarang tak taulaa...kalau kat kampung atau time aku duduk kat kem askar dulu kami ada geng pegi beraya, rumah orang tak kenal pun masuk jugak sbb nak kutip duit raya ^_^. Budak-budak sekarang mengadap tv jer so makna raya tu sendiri dah hilang. Bila balik kampung sementelah pulak duduk di kalangan orang-orang jawa sbb abah jawa....kami panggil bara'an so ada geng anak teruna dan anak dara...satu kampung kami pusing bukan untuk kaut duit raya arr tapi untuk bermaaf-maafan antara jiran tetangga. 2 hari jugak ler baru habis satu kampung, masa time anak dara dulu mcm boring jer kalau kena pegi bara'an tapi bila dah kawen I miss those thing actually aku stop pegi bara'an bila geng-geng aku banyak yang dah kawen so tak kan nak join budak-budak cheniap pulak tak sessuaiiiii gitu. Cuma sekarang nie aku ngan adik-adik akan pegi beraya rumah sedara mara yang rapat atau makcik-makcik yang kami kenal rapat.

So tahun nie aku berpuasa berdua pulak...nervous jugak tak tau nak expect mcmana. Siap tanya tu "you sahur apa ekk selalu", maybe I'm lucky sbb my Mr.R cuma lalu roti jer time sahur katanya tapi takan nak sediakan roti kosong jer yer tak...takan hari-hari nak bagi roti Gardenia kot kenalaa pelbagaikan roti, roti puri ker, roti sandwich ker, roti canai ker....ROTI CANAI ?????? errrkkk pandai ker tebar hehehe fenin-fenin....tu blom bab juadah berbuka lagi memang banyak makanan kat pasar ramadhan tu tapi kalau dah hehari kopak jugak yer tak.....So we'll see camnerlahhh...

Selamat berpuasa bagi semua kengkawan dan mohon maaflaa kalau sepanjang persahabatan ada yang tersinggung terkecik hati dengan diriku ini.

Salam Ramadhan.

No comments: