Masuk hari nie dah 8 Syawal tapi mood raya masih "tebal" dalam diri aku, alasan maleh keje la tu hehehe...Raya tahun ini berlainan sikit bagi aku sbb beraya sebagai isteri orang bukan lagi orang bujang. Kalau dulu pagi raya cuma bersalam dengan mak ngan abah jer tapi tahun ini buat julungkalinya aku mencium tangan seorang lelaki yang bergelar SUAMI aku. Pagi raya tu berderai jugak airmata aku sbb mengenangkan macam2 dah berlaku dalam tahun nie pada keluarga aku, mak pun dah menunjukkan progress yang positif dan keterharuan kerana aku kini telah berdua. So bila pegi rumah embah time nak bersalam2 tu takla aku duduk kat tempat anak2 dara yang dah bertahun aku rasa janggal sangat sbb sepupu yang lain belasan tahun lagi aku nie dah puluhan tahun tak sessuaiiii gitu....
Tahun nie aku mintak izin kat Mr. R untuk balik TI dulu sbb ada acara bergambar satu family so petang raya pertama tu kami berangkat balik AS pulak, dekat tengah malam jugaklaa baru sampai. Huhuhu kalau dulu akulaa orang last sekali balik bila hariraya tahun nie first raya dah balik rumah mentua pulak.
Pepagi esoknya acara "beraya" start very early in the morning and its last after marghrib. kat AS tak macam TI sbb rumah-rumah yang nak pegi tu jauh-jauh belaka pastu malam tu jugak ada kenduri pulak kat rumah Tok Su Mr. R, memang penat. Pada hari raya ke-4 pulak mak menakan buat launcing kedai makan dia kat Penang, so satu hari tolong berkedai cam best pulak actually itu utk makan-makan family jer tapi ntah macamana terjadi kenduri plak sbb orang keep pouring in ingat kedai baru bukak...semua makanan sold out. Hari tu Mr.R jadi supervisor check makanan cukup ker tak hehehe...nanti upload gambar.....
No comments:
Post a Comment