Monday, August 4, 2008

Nostalgia Karton dan Drama Jepun Zaman Meningkat Dewasa



Pagi td dalam kereta dengar HOTFM, topik pagi nie Kenangan Karton Semasa Zaman Kanak-Kanak, rindulaa pulak pada siri karton yang pernah jadi kegilaan masa kecik-kecik dulu lebih-lebih lagi bila dorang putarkan lagu-lagu mcm karton Jem & The Hologram, Thundercat, Transformer, Smurf, Carebear wahhhh rasa macam kembali semula ke zaman kanak-kanak. Tapi drama Jepun yang selalu membuatkan aku selalu ponteng tuisyen drama Moero Attack wahhh rasa rugi sangat kalau termiss satu episod. Ingat word dia ..."tendangan berputar" ^_^, bola dia sejam kat atas baru jatuh tu..dahsyat sungguh hehehe..., pastu cerita Chiaki pasal paramugari JAL Airlines yang paling tak boleh lupa satu watak pompuan dengan tangan palsu besi dia, kalau nak bukak sarung tangan dia mesti guna gigi hahaha...Haa lagi satu yang paling popular sekali GABAN sampai ada kakak senior kitorang, kami panggil dia GABAN.....wakata..wakata GABANNNN....camtulaa serba sikit lagu dia.....Wahhh nostalgianyerrr.....isk..isk..isk...


Karton Disney pon aku suka jugak, tapi yang ini berbeza sket sbb aku suka lukisan dia yang cantik pastu mesti citer-citer pasal puteri-puteri yang cantik putera yang hensem pastu mesti ada mak tiri and kakak tiri yang jahat. Tapi sekarang nie aku still suka tgk karton cuma karton sekarang berbeza sangat dengan karton dulu. Hmmm apa karton kegemaran anda.

No comments: