Tuesday, November 23, 2010

Chuuumeelll......and other stories


Aku suka gambar nie, aku nampak jelita gitu.  Cheeee perah santan sungguh padahal itu salah satu teknik kamera soon to be Dr. Anis kita hik hik hik.  Gambo ni diambik masa raya puasa hari .....wah lama sungguh baru nak upload gambo time raya dulu dah nak masuk krismas dah nie.  
The reason tak update blog antara sebab musabab adalah Cik Zara yang sangat jeles apabila ibunya mengadap lappy pastu kat opis plak sekejap bleh update sekejap tak bleh so atas perkara itu amatlah boring untuk berblog.


Aku suka gak gambo nie ceria sungguh Cik Zara time almaklum dapat jumpa Kak Dini yang sangat suka melayan dia.


Dan nie plak gambo time besday genap Cik Zara 1 tahun pada 04092010 hari tu.  Majlis dibuat di rumah MIL di Aloq Staq, simple tapi meriah.  Sementelah besday Cik Zara kali nie jatuh time raya jd majlis raya adalah cum open house.  Kesian gak tengok MIL yang terpaksa melayan tetamu yang datang, tetamu paling akhir beredar hampir pukul 12 tghmlm.  Alahai rasa bersalah plak kat MIL sampai ngantuk ngantuk dia layan tetamu yang rancak berborak.  Cik Zara sekarang pun dah laju jalannye, pantang dilepaskan menonong jer dia berjalan dan sudah pandai jeles dan merajuk bila ibu tak nak dukung dia atau tak dapat benda yang diidamkan.  Sekarang nie selain perkataan babah, yang boleh dia sebut adalah maih..maih ..maih bila nak mintak sesuatu and perkataan tiga yang disingkatkan kepada Ga sahaja hehehe....

Rasanya it jer nak update, sementara blog boleh digunakan sekarang nie...mcm lipas kudung aku menaip hehehe....till then daaaaa.......

Wednesday, October 20, 2010

'lensaMama's Cutest Baby in Diapers'



Tiba-tiba je terasa nak masuk contest ... ni first time Zara masuk contest .. auntie2 semua support Zara tau ... kalah menang blkg kira yg penting layan .. peraduan ni anjuran lensaMama Photography .. detail peraduan boleh la ke sini ye http://lensamama.blogspot.com/



Ni la Cik Zara Raihanah kami ... dah 1 tahun 1 bulan dah dia DOB : 040909

Diaper yang dia pakai dari kecil memang setia dgn Mamy Poko je .. suka Zara kalau tengok iklan Mamy Chan (iklan Mamy Poko tu) tak pernah lagi try yang lain ... lagi pon okay je .. serasi dengan Cik Zara ni .. tak ada kegatalan ke ruam ruam ke ... yang penting Babah sponsor okay ^_^

Antara pihak yang sponsor hadiah untuk peraduan ni:



http://lensamama.blogspot.com/



http://tinytoesshoppe.blogspot.com/



http://pinkyfrogshop.blogspot.com/



http://funkymummies.blogspot.com/

hu hu .. panjang pulak entry kali ni yer ..

Thursday, September 30, 2010

Suasana Hari Raya


Alamak Kak Wawa dah bersora laaa, dia kata asai masuk gambaq petai asai masuk gambar petai gamba ghaya takdak kaa...hehehehe....So pepagi nie ibu Cik Zara terus dengan pantas mengupload gambar sekitar raya hari tu hehehehe..... Layaaannnnnnnn........
Raya tahun nie kami 3 beranak bertemakan kaler oren tapi tak sempatlaa pulak ambik gambar bertiga pakai baju kaler tu nie, ni kira oklaaa ekkk hehehe...








Gerammm

Geramnyaaaa naper tak bleh nak upload gambo nih....nak tuko background pun tak bleh nie haiyaaaaa.......Tolonggggg kengkawanku yang arif sket ngan blogspot nih.....poning dah palo den nih...

Tuesday, September 28, 2010

Memenuhkan quota bengkel dan kursus

Minggu nie kena attend bengkel, disebabkan kena memenuhkan quota 7 hari tu kena la jugak mencari mana2 kursus dan bengkel yang sesuai.  Dengan kata lain 3 hari nie save bajet makan hehehe.....
Gambaq ghaya nnti sat naaa..kepada auntie2 yang nak tgk gambaq Cik Zara berhari raya kena sabaq sket sbb mak dia tgh berkursus sekarang ni, kat rumah nak upload gambar  tak boleh..boleh sbb dgn Cik Zara sekali nak tolong upload gambaq so camno tu....bila Cik Zara dah titoq mak dia plak berperasaan malas gitu hik hik hik hik......TUNGGGGUUUUUUUUUU!!!!!!!!.....

Wednesday, September 22, 2010

Khasiat Petai ... I loiiikeeeee.......

 (Credit from Mr.Google)
Pagi nie kita lari sket dari topik berhari raya ekk... While I'm blog hopping this morning (cheeehhh tetiba ckp omputih hehehe) ada satu blogger nie ckp pasal khasiat petai.  Wahhh impressnyer aku huahuahua sbb aku nie peminat petai gak and also jering tapi Mr. R tak berapa minat sangat so aktiviti makan petai sekali skala jerlaa sekarang nih kecuali bila balik kg memang pulun habis hehehe....
Ramai gak tak suka petai sbb bau dia yang kuat  especially after melepaskan hajat kat bilik air memang pewangi aslilaa yang tertinggal nnti.  Petai ni selalu nie sedap dimasak sambal tumis tapi aku suka kalau dimasak sambal tempoyak dengan ikan bilis wahhhhh bak kata sorang kawan aku nih kalau makan mak mentua lalu pusing-pusing depan kita pun tak nampak dah hehehe....Bagi orang negeri sembilan plak aku suka sambal tempoyak dia yang ada mcm2 daun tu dan musti tak tetinggal petai.  Makan plak ngan nasik panas wahhhh syahdunyaaaaa.... 
(Credit to Mr.Google and Catzscafe)

So nielaa khasiat yang aku jumpa (tak sempat nak translatelerr ) :

Petai contains three natural sugars -sucrose, fructose and glucose.
Combined with fiber, petai gives an instant, sustained and substantial
boost of energy. Research has proved that just two servings of petai
provide enough energy for a strenuous 90-minute workout. No wonder petai is
the number one fruit with the world's leading athletes. But energy isn't
the only way petai can help us keep fit. It can also help overcome or
prevent a substantial number of illnesses and conditions, making it a must
to add to our daily diet.


Depression:
According to a recent survey undertaken by MIND among people suffering from
depression, many felt much better after eating petai. This is because petai
contain tryptophan, a type of protein that the body converts into
serotonin, known to make you relax, improve your mood and generally make
you feel happier.

PMS(premenstrual syndrome):
Forget the pills - eat petai. The vitamin B6 it contains regulates blood
glucose levels, which can affect your mood.

Anaemia:
High in iron, petai can stimulate the production of haemoglobin in the
blood and so helps in cases of anaemia.

Blood Pressure:
This unique tropical fruit is extremely high in potassium yet low in salt,
making it perfect to beat blood pressure. So much so, the US Food and Drug
Administration has just allowed the petai industry to make official claims

for the fruit's ability to reduce the risk of blood pressure and stroke.

Brain Power : (Bagus nih)
200 students at a Twickenham (Middlesex) school were helped through their
exams this year by eating petai at breakfast, break, and lunch in a bid to
boost their brain power. Research has shown that the potassium-packed fruit
can assist learning by making pupils more alert.

Constipation:
High in fiber, including petai in the diet can help restore normal bowel
action, helping to overcome the problem without resorting to laxatives.

Hangovers:
One of the quickest ways of curing a hangover is to make a petai milkshake,
sweetened with honey. The petai calms the stomach and, with the help of the
honey, builds up depleted blood sugar levels, while the milk soothes and
re-hydrates your system.

Heartburn:
Petai has a natural antacid effect in the body, so if you suffer from
heartburn, try eating petai for soothing relief.

Morning Sickness : (Sesuai untuk keadaan aku ketika ini hehehe)
Snacking on petai between meals helps to keep blood sugar levels up and
avoid morning sickness.

Mosquito bites :
Before reaching for the insect bite cream, try rubbing the affected area
with the inside of the petai skin. Many people find it amazingly successful
at reducing swelling and irritation.

Nerves:
Petai is high in B vitamins that help calm the nervous system.

Overweight:
Studies at the Institute of Psychology in
Austria found pressure at work leads to gorging on comfort food like
chocolate and crisps. Looking at 5,000 hospital patients, researchers found
the most obese were more likely to be in high-pressure jobs. The report
concluded that, to avoid panic-induced food cravings, we need to control
our blood sugar levels by snacking on high carbohydrate foods every two
hours to keep levels steady.

Ulcers:
Petai is used as the dietary food against intestinal disorders because of
its soft texture and smoothness. It is the only raw fruit that can be eaten
without distress in over-chronicler cases. It also neutralizes over-acidity
and reduces irritation by coating the lining of the stomach.

Temperature control :
Many other cultures see petai as a "cooling" fruit that can lower both the
physical and emotional temperature of expectant mothers. In hoiland, for
example, pregnant women eat petai to ensure their baby is born with a cool
temperature.

Seasonal Affective Disorder (SAD) :
Petai can help SAD sufferers because they contain the natural mood
enhancer, tryptophan.

Smoking:
Petai can also help people trying to give up smoking. The B6, B12 they
contain, as well as the potassium and magnesium found in them, help the
body recover from the effects of nicotine withdrawal.

Stress:
Potassium is a vital mineral, which helps normalize the heartbeat, sends
oxygen to the brain and regulates your body's water balance. When we are
stressed, our metabolic rate rises, thereby reducing our potassium levels.
These can be rebalanced with the help of a high-potassium petai snack.

Strokes:
According to research in "The New England Journal of Medicine, " eating
petai as part of a regular diet can cut the risk of death by strokes by as
much as 40%".

Warts:
Those keen on natural alternatives swear that if you want to kill off a
wart, take a piece of petai and place it on the wart. Carefully hold the
petai in place with a plaster or surgical tape!

So, as you can see, petai really is a natural remedy for many ills. When
you compare it to an apple, it has four times the protein, twice the
carbohydrates, three times the phosphorus, five times the vitamin A and
iron, and twice the other vitamins and minerals. It is also rich in
potassium and is one of the best value foods around. So maybe its time to
change that well-known phrase so that we say, "A Petai a day keeps the
doctor away".



PM Dr.Aminuddin AHK Dept.of Physiology
Medical faculty of UKM Kuala Lumpur

DVICE FROM UKM MEDICAL DOCTOR

Tuesday, September 21, 2010

Hati Celaru

Semalam ingatkan bolehla masukkan gambar2 masa raya dan besday Cik Zara hari tu tp something happen yang membuatkan hati ini geram dan bengang sehinggakan tahap keterujaan untuk mengupdate telah menurun ke seminimum yang boleh.   Hati terus jadi tawar, mulut terus tergam tanpa disuruh, mata pula automatik tak boleh memandang lagi dah.  Itula aku kalau dah marah tapi tak ramai yang paham, dan ramai yang tak pernah nak menanya kenapa aku berkeadaan demikian. Bila aku diam, dia turut diam menunggu sampai aku sejuk.  Kalau begitu sampaikah apa yang dirasa.  Aku bukan macam sesetengah orang kalau marah terus maki hamun orang, pada aku lebih baik diam daripada sesuatu yang tak enak didengar keluar dari mulut aku yang pastinya akan diingati sampai bila2.  Pelik kan bila sesetengah orang boleh menghentam hamun orang sesuka hati lepas tu act as nothing happen, as if dia tak buat salah apa pun.  Tak sedar dia dah menguriskan hati orang yang dah dimaki hamun tu.
Atau adakah disebabkan perubahan hormon aku ketika ini yang membuatkan aku sering rasa nak marah , geram, bengang walau pada perkara kecil sekalipun.  Seiring dengan proses pembesaran Cik Zara sekarang kengkadang turut menguji kesabaran aku.
Tengoklah kalau hati ini waras kembali akan diupload gambar2 ketika raya tempoh hari. *Sigh*........

Monday, September 20, 2010

Salam Aidil Fitri, Selamat Bertugas Semula

Rasanya belum terlambat lagi untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri serta Maaf Zahir Batin kepada semua kengkawanku.  Raya tahun nie untuk pertama kalinya 1 Syawal disambut bersama keluarga Mr. R setelah 2 tahun beraya di TI. Apa nak buat raya tahun kedua plan beraya di AS, tapi Cik Zara dah keluar dulu time nak raya hehehe.... Sebulan aku beraya di TI last year tapi tak best sangat sbb dlm pantang banyak benda tak boleh makan.
Raya di AS sangat meriah dengan ziarah menziarahi tak kira sedara mara dekat atau jauh yang aku suka setiap rumah yang kami ziarah musti ada ketupat palas ..my favorite tu......apa lagi membaham macam tiada esok bagimu dan malamnya aku telah menerima natijahnya. Berkirap kepanasan malam tu huhuhuhu.   Takpelaa kira mcm balas dendam tak dapat makan best2 tahun lepas hehehe....
Raya tahun nie juga Cik Zara genap setahun dan dah boleh pakai baju kurung sesangatlaa tomei anak dara ittewwww.....And... sejak dah dapat kaki nie ibu sangatlaa tak larat nak mengejar dia asyikkk berjalan jer seronok agaknyer sbb kat rumah dia sorang jer kat kg ramai orang yg melayannya apa lagi she takes the chancelaaa.....Ibu ngan babah cuma jd pemerhati je ^_^.
Kami juga ambik kesempatan untuk buat majlis makan kecil-kecilan menyambut harijadi Cik Zara yang pertama di AS.  Kecil tapi meriah, tetamu yang datang sampai ke malam.  Kesian ibu mertua ku kena melayan tetamu selewat 11 malam.  Biasala kira dorang beraya sekali tu.
Raya kelima barula bertolak balik ke TI, walaupun dah hari raya kelima masih ada orang datang beraya lagi agaknya ramai yg ambik cuti panjang tahun ni, sambung terus cuti Hari Malaysia hari tu...Kat TI cuma beberapa rumah sedara mara je kami pg.  sooo Sabtu lepas kami pun pulanglaa ke ibu kota semula.  Saja balik sehari awal kenkonon menyediakan diri untuk bekerja semula selepas cuti panjang.  Hmmm sesangatla malasnya okkkk....
Dan hari ini aku telah mula bekerja dalam mood raya lagik nih.....So kengkawan sumer SELAMAT BERTUGAS SEMULA YA..JGN MALAS MALAS.....mcm aku rajin sgt hari nie hehehe

Thursday, August 12, 2010

Dia dapat lesen L

Cik Zara dah 11 bulan dah, cepatnya masa berlalu dia dah nak setahun Syawal nie. Rasa tak puas lagi nak main ngan dia as a baby dulu chomel and fragile.  Baru 2,3 hari nie Cik Zara dah dapat lesen L, lesen kaki, sekarang nie kemaruk berjalan tak main dah merangkak-merangkak nih sampai ibu nak masak berbuka semalam pun tak senang.
Tengah praktik pegang2 kat kusyen              



Yeayyy dah bleh jln sendiri

Ni plak menu berbuka kami semalam simple jer takut tak habis nnti membazir plak.

Err abaikan cutlery ku yg bercampur2 itteww...

Wednesday, August 4, 2010

Pindah & Puasa

Hmm pindah lagi.  Selama setahun di HQ lepas pantang dapat surat tukar bahagian, pindah ke bangunan seberang yang sangatlaa bestnya dan selepas 7 bln disitu kena pindah lagi ke HQ semula.  Bukan aku sorang tapi kesemua bahagian berpindah semula ke HQ kerana bangunan baru dah siap.  Jimatttt kos sewa untuk jabatan aku. 
Sekarang ni sedang mengemas barang2 di tpt baru yang tak baru tu dan satu masalah yang kami semua hadapi kat situ aircon nya tersangatlaa sejuk sampai ada yang dah demam.  Aku kalau sejuk2 tu apa lagi bersinla selalu, kena pakai baju berlapis-lapis baru ok.  Adoi camner nak menghadapi puasa nnti alamat beku laaa jawabnya ^_^.
Cakap pasal puasa kita sebagai umat islam tak berapa hari lagi jer akan  menghadapi bulan puasa. Aku awal-awal dah tukar waktu anjal so dr 5.30 ditukar ke 4.30 dengan alasan nak mengelak jem yang tak pernah sudah kat jalan depan opis aku tu.  Dan dengan semangat penuh berkobar2 bila balik cepat dapatla masak dan semoga mood Cik Zara sentiasa bagus so ibu bolehla masak dengan amannnn hehehehehe....
Untuk kengkawan semua SELAMAT MENYAMBUT KEDATANGAN RAMADHAN  AGAR IBADAH KITA DAPAT DIGANDAKAN DIBULAN YANG MULIA INI.

Monday, June 21, 2010

Jenguk Jenguk

Salam....dah lama tak jenguk rumah kedua I nih...teruk betul berabuknyaaa...haaaaa cisss...haaa cissss.....  Nih pun jenguk kejap je nih takde apa nak cite sebenonya nnti klu ada citer singgah lagi, Sementara itu layannn gambo Cik Zara nih...

                     Dah tinggal 2 bilah je kipas tu         On d'way nak gi shopping kat Orchard Rd
                          Time mandi yg mengujakan (Sila abaikan baldi dan benda putih disblh itu ^_^)

Cik Zara sekarang dah 9 bulan, dah pandai memanjat2 dah semua perhiasan ibu kena simpan buat sementara waktu ^_^  including koleksi kereta ekslusif babah hehehe...

Wednesday, May 19, 2010

Happy Belated Mother's Day

So much to do yet so little time .......Boleh ker bagi alasan camtu sbb dah lama tak berblogging hehehe....masa-masa terluang sekarang nie lebih senang dihabiskan dengan membaca blog2 kengkawan dan juga rakan siber yang lain (dengan kata lain itu jer bleh dibuat sbb tak pyh nak pikir nak tulis apa hehehe maleh sungguh). Kadang-kadang aku ada gak melayari blog2 ibu-ibu yang berhati waja , cekal dan tabah yang mempunyai cahaya mata yang istimewa yang sering membuatkan hati aku tersentuh dan mengalirkan airmata.   Mereka-mereka inilah yg lebih berhak untuk diraikan ketika hari ibu kerana begitu banyak pengorbanan yang dilakukan untuk melihat anak2 mereka senormal org lain.  Hati aku benar-benar tersentuh bila seorang blogger ini membisikkan kepada anaknya yg belom lahir apabila disahkan kelahirannya nnti tidak senormal bayi lain dan kemungkinan untuk hidup adalah tipis. "Andai benar kamu akan pergi sebaik kamu dilahirkan, mama sanggup membawamu di dalam rahim ini walau untuk seribu tahun lagi.."  Begitu menyentuh naluri keibuan aku.  Dan aku tak paham kenapa ada ibu2 lain yang sanggup untuk menidakkan kewujudan anak2 kecil ini sehingga sanggup dilenyapkan dari muka bumi ini dlm keadaan yang kurang terhormat.  Disebabkan itu juga aku berhenti untuk membaca akhbar kebelakangan ini kerana aku tak sanggup mendengar dan membaca mengenai bayi2 malang ini. Walaupun profession aku memerlukan aku sentiasa update dgn berita terkini. Kalau sekali pun tak mau tolongla dihantar ke tpt yang sepatutnya  beri mereka peluang untuk hidup.  Wah! kuat sungguh emosi aku hari nie hehehe...but trust me they are a fighter for their babies.

Untuk Zara Raihanah, ibu sentiasa mendoakan kesejahteraan, keselamatan dan kesihatan kamu sentiasa dilindungi olehNYA dan dijauhi oleh sebarang perkara yang membawa musibah ke atas mu.

To all ibu, mama, mummy, ummi, mak diluar sana Happy Belated Mother's Day.  Appreciate yr mother when she still with you, when she still breathing, when she's still healthy, when she still have good memory. Trust me I know how it's felt when you have yr mother but its seems you don't have her.....

Monday, March 29, 2010

Earth Hour Yang Suam-Suam Kuku

Sambutan kempen Earth Hour nie dah masuk tahun ke 2 di Malaysia, masa mula-mula dilancarkan dulu rata2 rakyat Malaysia teruja untuk sama-sama menjayakannya. Malah di kawasan perumahan kami pun terasa bahang kempen tersebut.  Tetapi ntah dimana silapnya (mungkin kurang promosi) sambutan agak suam-suam kuku pada tahun nie.  Seolah-olah takde apa2 yg berlaku pada hari tersebutSuasana kemeriahan sambutan cuma dapat dirasakan di kawasan utama bandaraya, di tempat2 lain hanya sebahagian sahaja yang turut serta seruan Earth Hour ini.  
Kami pun di BBS ni ikut serta jgk walau tak sepenuhnya hehehe...tutup gak lampu tapi tv and lappy still on (haiyaaa ada itu mcm ka), lampu bilik utama still on gak sbb Cik Zara ngamuks nak tidoq.
Tapi itula moral of the story event2 sebegini bila promosinya dibuat all out barulaa ramai yang nak mengikut kalau tak buat-buat tak paham jer.  Lagi best bila ada plak peraduan dibuat bersempena event berkenaan barula gempak sambut kalau tak jadi macam tulaa suam-suam kuku.

Thursday, March 25, 2010

Motherhood Expo & Alice In Wonderland

Hmm kebuntuan untuk bercerita layan jer laa gambar aktiviti mggu lepas kat MidValley.  Ada Motherhood Expo dan jugak Alice In Wonderland show.  Tapi apa yang pasti the MV decoration time tu memang cantik....ramai sungguh orang nak bergambar kat set Alice In Wonderland tu.  Disebabkan Cik Zara pakai stroller cuma blh bergambar kat luar jerlaa sbb stroller tak dibenarkan masuk.
Sempat jugak join kelas massage for babies, tp sungguhlaa tak konsentrate yer sbb Cik Zara tidak memberi kerjasama yang sebaiknya asyik nak meniarap jer dia. Banyak aktiviti kat expo tu yang menjadi tumpuan pertandingan Hot Mama kami tak tunggu sampai akhir jd tak tau sapa pemenangnya. So layanzzzzz.....

 
Urut hidung bagus utk resdung ^_^

Punyalaa payah nak bagi dia diam huhuhu

Zara and Yakult Man

Pertandingan Hot Mama pun ada

Nie plak persembahan Alice In Wonderland

Di bawah pohon cemara ehhh bukan cendawanlaa

Perasan tak baju itu adalah baju time preggyku  tp blehlaa 2 in 1 hehehe

Budak motak yang dah tumbuh gigi

Tuesday, March 9, 2010

Walk..walk..

Ahad lepas kami bawak Cik Zara jalan-jalan sekitar KL tapi bukan jln-jln naik kereta tau tapi memang jalan kaki betul.  Ibu dan babah Cik Zara telah mensign-up kan diri masuk Tesco Walk for School kat Dataran Merdeka.  Awal pagi lagi dah kejutkan Cik Zara (tak laa pagi sangat 6.30 standard time dia jaga pun ^_^).  Ramai sungguh yang menyertai charity walk nie.  Tapi yg paling best cuma Cik Zara sorang dari kategori baby hehehe (ye ke tak check plak).  Paling best lensa-lensa kamera telah dihalakan ke arah Cik Zara semasa pelepasan dibuat. 
So ibu ngan babah Cik Zara kenalaa berjalan kaki sejauh 4 km meanwhile Cik Zara dengan senang hatinya memerhati dari dalam stroller ditemani kipas kecik (jeles you dia sorang jer sejuk) sampai tetido-tido.   Kami berjaya juga menamatkan jalan kaki dalam pkl 10 pg.  Lepas tu Mr.R ajak balik terus sbb kepanasan mula terasa.  Sampai rumah lepas mandi, Cik Zara telah menyambung tidonya sehingga pukul 4 petang hehehe penat sungguh dia...Layannn gamboo...

Seronoknya ramai orang
Nila event tu

Bagi jln...bagi jln...baby coming through..

Ramainya umat yang masuk jln kaki amal nie

Ibu yang keletihan..4 km tu beb mau tak terjelir lidah temannn...

Yeay berjaya ke finishing line hehehe...no. yg ke berapa hatus pun tak tau ^_^

Friday, March 5, 2010

En. Dino and Zara

Baru-baru nie Cik Zara dapat toy baru dari Babah dia.  Kami panggil En. Dino, skrg nie tido pun ngan En. Dino tak nak dah ngan Bird dia.  Cuma kesian sungguh ngan En.Dino nie dari bau wangi dah bau ashyemmm mana tak asyik kena 'makan' ngan Cik Zara almaklum sekarang nie dia tengah mengasah gusi dia nak tumbuh gigi agaknya.  Kalau tgh susu selalu kena  jerit ngan ibunya (sakit occayyyy.. ^_^).  Semlm terperanjat aka teruja bila Cik Zara dah boleh sebut babah..babah...suruh sebut ibu sebut babah gakkk huhuhuhu....layannnn gambar Cik Zara ngan En. Dino dia.

 
 En.Dino

 Yahhhh nyum nyum nyum

 
 Jgn kacau babah, Zara nak geget En Dino nie geyammnyerrr...

  
 Geget tilamlaa plak...

  
 Hmm..hmm...hmm saya berjaya mengeget En.Dino saya

Nie plak try buat cheezy wedges cam kat KFC tu sedappp ambik resepi nie kat blog Kak Rin bleh makan sampai muak hehehe....