Rasanya belum terlambat lagi untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri serta Maaf Zahir Batin kepada semua kengkawanku. Raya tahun nie untuk pertama kalinya 1 Syawal disambut bersama keluarga Mr. R setelah 2 tahun beraya di TI. Apa nak buat raya tahun kedua plan beraya di AS, tapi Cik Zara dah keluar dulu time nak raya hehehe.... Sebulan aku beraya di TI last year tapi tak best sangat sbb dlm pantang banyak benda tak boleh makan.
Raya di AS sangat meriah dengan ziarah menziarahi tak kira sedara mara dekat atau jauh yang aku suka setiap rumah yang kami ziarah musti ada ketupat palas ..my favorite tu......apa lagi membaham macam tiada esok bagimu dan malamnya aku telah menerima natijahnya. Berkirap kepanasan malam tu huhuhuhu. Takpelaa kira mcm balas dendam tak dapat makan best2 tahun lepas hehehe....
Raya tahun nie juga Cik Zara genap setahun dan dah boleh pakai baju kurung sesangatlaa tomei anak dara ittewwww.....And... sejak dah dapat kaki nie ibu sangatlaa tak larat nak mengejar dia asyikkk berjalan jer seronok agaknyer sbb kat rumah dia sorang jer kat kg ramai orang yg melayannya apa lagi she takes the chancelaaa.....Ibu ngan babah cuma jd pemerhati je ^_^.
Kami juga ambik kesempatan untuk buat majlis makan kecil-kecilan menyambut harijadi Cik Zara yang pertama di AS. Kecil tapi meriah, tetamu yang datang sampai ke malam. Kesian ibu mertua ku kena melayan tetamu selewat 11 malam. Biasala kira dorang beraya sekali tu.
Raya kelima barula bertolak balik ke TI, walaupun dah hari raya kelima masih ada orang datang beraya lagi agaknya ramai yg ambik cuti panjang tahun ni, sambung terus cuti Hari Malaysia hari tu...Kat TI cuma beberapa rumah sedara mara je kami pg. sooo Sabtu lepas kami pun pulanglaa ke ibu kota semula. Saja balik sehari awal kenkonon menyediakan diri untuk bekerja semula selepas cuti panjang. Hmmm sesangatla malasnya okkkk....
Dan hari ini aku telah mula bekerja dalam mood raya lagik nih.....So kengkawan sumer SELAMAT BERTUGAS SEMULA YA..JGN MALAS MALAS.....mcm aku rajin sgt hari nie hehehe
No comments:
Post a Comment