Wednesday, May 19, 2010

Happy Belated Mother's Day

So much to do yet so little time .......Boleh ker bagi alasan camtu sbb dah lama tak berblogging hehehe....masa-masa terluang sekarang nie lebih senang dihabiskan dengan membaca blog2 kengkawan dan juga rakan siber yang lain (dengan kata lain itu jer bleh dibuat sbb tak pyh nak pikir nak tulis apa hehehe maleh sungguh). Kadang-kadang aku ada gak melayari blog2 ibu-ibu yang berhati waja , cekal dan tabah yang mempunyai cahaya mata yang istimewa yang sering membuatkan hati aku tersentuh dan mengalirkan airmata.   Mereka-mereka inilah yg lebih berhak untuk diraikan ketika hari ibu kerana begitu banyak pengorbanan yang dilakukan untuk melihat anak2 mereka senormal org lain.  Hati aku benar-benar tersentuh bila seorang blogger ini membisikkan kepada anaknya yg belom lahir apabila disahkan kelahirannya nnti tidak senormal bayi lain dan kemungkinan untuk hidup adalah tipis. "Andai benar kamu akan pergi sebaik kamu dilahirkan, mama sanggup membawamu di dalam rahim ini walau untuk seribu tahun lagi.."  Begitu menyentuh naluri keibuan aku.  Dan aku tak paham kenapa ada ibu2 lain yang sanggup untuk menidakkan kewujudan anak2 kecil ini sehingga sanggup dilenyapkan dari muka bumi ini dlm keadaan yang kurang terhormat.  Disebabkan itu juga aku berhenti untuk membaca akhbar kebelakangan ini kerana aku tak sanggup mendengar dan membaca mengenai bayi2 malang ini. Walaupun profession aku memerlukan aku sentiasa update dgn berita terkini. Kalau sekali pun tak mau tolongla dihantar ke tpt yang sepatutnya  beri mereka peluang untuk hidup.  Wah! kuat sungguh emosi aku hari nie hehehe...but trust me they are a fighter for their babies.

Untuk Zara Raihanah, ibu sentiasa mendoakan kesejahteraan, keselamatan dan kesihatan kamu sentiasa dilindungi olehNYA dan dijauhi oleh sebarang perkara yang membawa musibah ke atas mu.

To all ibu, mama, mummy, ummi, mak diluar sana Happy Belated Mother's Day.  Appreciate yr mother when she still with you, when she still breathing, when she's still healthy, when she still have good memory. Trust me I know how it's felt when you have yr mother but its seems you don't have her.....

1 comment:

nonvespa said...

Hepi Mother's Day Sayang ... from ur hubby ^_^