Sempena Hari Buku dan Hari Hakcipta Sedunia, tempat keje aku nie telah menjemput Kak Ogy untuk berkongsi salah satu hobinya iaitu membaca. Segmen Dunia Buku Bersama Kak Ogy memang gamat lebih-lebih lagi Kak Ogy pandai tackle audience terutama audience cilik. Sangkaan awal aku sure dia nie tahu baca skrip jer dan akan memperkatakan tentang dunia skrip dia tapi sangkaan aku meleset kerana dia memang seorang yang suka membaca ofcourse pembacaannya more towards bidang seni kerana beliau juga merupakan tenaga pengajar di Finas. Namun dia juga membaca bahan-bahan bacaan lain semata-mata untuk menjiwai watak yang diberikan kepada beliau.
Readest Digest adalah antara bacaan terawal beliau sejak berumur 8 tahun dan kini bacaan bercorak autobiografi menjadi kegemaran Kak Ogy. Melalui segmen ini tanpa sengaja Kak Ogy telah memperkenalkan pada aku siapa itu Helen Keller seorang wanita gigih tetapi pekak dan buta yang dilahirkan pada tahun 1886, Helen nie seorang aktivis yang memperjuangkan hak orang-orang buta dan bisu. Yang bagusnya Kak Ogy nie memang seorang yg suka buat homework walau untuk event sekecil ini agaknya kalau artist lain datang berlenggang pastu cakap merapu.
Aku pernah terdengar satu ketika tempat keje aku nie pernah jemput sorang artist nie pasal buku jugak dahle datang lambat, homework tak buat time tulaa baru nak terkial-kial nak baca buku tu hampeh sungguh.
Tapi ini adalah pandangan aku sendirilaa mungkin orang lain ada pendapat masing-masing pasal Kak Ogy nie.
P/S : Masa anak dara dulu kalau baca novel mulala aku rasa heroin dlm cite tu aku hahahaha...sekarang nie speed reading jer ^_^
No comments:
Post a Comment