Thursday, April 23, 2009

Let's Read With Kak Ogy - D'other side of her

Gali..gali..gali..gali..... itu favourite word Kak Ogy atau Fauziah Dato Ahmad Daud masa dia jadi pengkritik AF dulu. Kekadang kita rasa word yang dia sebut-sebut selalu tu sekadar satu perkataaan yang mahu memeriahkan dan menaikkan rating program AF pada masa itu tapi kita tak pernah sedar bahawa ada maksud tersirat yang ingin diperkatakan oleh pelakon, penyanyi dan pengarah tersohor itu iaitu walau apa yang kita buat mesti bermaklumat dan menghayati apa yang kita buat waima membaca sekali pun.

Sempena Hari Buku dan Hari Hakcipta Sedunia, tempat keje aku nie telah menjemput Kak Ogy untuk berkongsi salah satu hobinya iaitu membaca. Segmen Dunia Buku Bersama Kak Ogy memang gamat lebih-lebih lagi Kak Ogy pandai tackle audience terutama audience cilik. Sangkaan awal aku sure dia nie tahu baca skrip jer dan akan memperkatakan tentang dunia skrip dia tapi sangkaan aku meleset kerana dia memang seorang yang suka membaca ofcourse pembacaannya more towards bidang seni kerana beliau juga merupakan tenaga pengajar di Finas. Namun dia juga membaca bahan-bahan bacaan lain semata-mata untuk menjiwai watak yang diberikan kepada beliau.

Readest Digest adalah antara bacaan terawal beliau sejak berumur 8 tahun dan kini bacaan bercorak autobiografi menjadi kegemaran Kak Ogy. Melalui segmen ini tanpa sengaja Kak Ogy telah memperkenalkan pada aku siapa itu Helen Keller seorang wanita gigih tetapi pekak dan buta yang dilahirkan pada tahun 1886, Helen nie seorang aktivis yang memperjuangkan hak orang-orang buta dan bisu. Yang bagusnya Kak Ogy nie memang seorang yg suka buat homework walau untuk event sekecil ini agaknya kalau artist lain datang berlenggang pastu cakap merapu.

Aku pernah terdengar satu ketika tempat keje aku nie pernah jemput sorang artist nie pasal buku jugak dahle datang lambat, homework tak buat time tulaa baru nak terkial-kial nak baca buku tu hampeh sungguh.

Tapi ini adalah pandangan aku sendirilaa mungkin orang lain ada pendapat masing-masing pasal Kak Ogy nie.
P/S : Masa anak dara dulu kalau baca novel mulala aku rasa heroin dlm cite tu aku hahahaha...sekarang nie speed reading jer ^_^

Tuesday, April 21, 2009

Kopi O

This is one of my favourite drinks selepas Teh O dan Teh Tarik. Cuma minuman nie jarang aku ambik selalunya bila balik kampung jer baru boleh menikmati kopi yang menepati citarasaku iaitu kopi jenama Che Nah yang aku rasa boleh dijumpai kat TI jer. Tapi sejak pregnen nie dah tersuka plak minum kopi, dah tak kira dah serbuk kopi cap Kapal Api pun aku bedal jer. Hari tu siap kena perli ngan abang kat kantin dia kata "habis laaaa......". Mula-mula aku tak paham jugak tapi lama-lama aku buat andaian sendiri mungkin dia nak kata.."habislaa nanti anak ko lahir gelapppp'... Effect ker kat baby kalu ibu dia suka minum kopi (especially skin kaler laa....). Melalui pembacaan aku kopi boleh diambil tak lebih secawan sehari sbb kandungan kafien dalam minuman tu tak sesuai untuk kesihatan baby tapi yang bab skin kaler tu tak tau plak. Dan ada pulak kenyataan yang mengatakan pengambilan kafein berlebihan boleh menyebabkan keguguran (nauzubillah simpang malaikat 44). Adoi pasni kena stopler minum kopi kejap demi anakku ini huhuhu....
Ntah kenapa sejak pregnen pantang nampak kopi mesti nak pekena walau sikit tapi bukan kopi mahai-mahai tu nasib baikler jugak yer tak kalau tak jenuh my Mr.R nak mencari Star Buck memalam buta ak ak ak ak...

Thursday, April 16, 2009

First Trimester

Rasanya tempoh first trimester dah aku lalui dengan agak mudah sbb aku tak alami apa-apa alahan yang memudaratkan (memang berdoa tak nak ^_^) cuma demam dan batuk kronik sekejap lepas dah tu ok dah. Takdelaa lembik macam sesetengah orang dan alhamdulillah aku masih boleh masak walau taklaa tiap-tiap hari. Tempoh craving makan bubur McD pun dah lepas sekarang kalau tgk bagi free pun tak nak, kalau tidak boleh selang sehari mesti singgah McD beli bubur tu. Perut pun dah semakin membesar maybe bulan depan kot boleh pakai uniform ^_^. Dapat gaji nie bolehlaa pegi memborong baju pregnant hehahehaheha.....
Cuma yang jadi masalah sekarang nie aktiviti ke toilet semakin kerap especially malam sungguh mengganggu tidur ku ^_^ .
Okaylaa enough with me, so tonite I cook simple dish which is agak healthylaa, balik je dari opis terus 'berperang' ngan periuk kuali, selalu sangat makan kat luar jemu jugak. Tonite aku masak mee sup, just sediakan sup biasa cuma meenya aku ganti ngan mee sanggul, sedap gak tak rasa muak sangat macam mee biasa tu.


Tomorrow Jumaat end of the week, rasa cam nak pegi Pesta Buku Antarabangsa sekadar melihat-lihat gerai-gerai kat situ mana tau ada yang berkenan dihati. Jangan tak tau first dating kami pegi kat situ so the very librarian kan hahaha.....

Tuesday, April 14, 2009

Puding Laici



Semalam Mr. R berpuasa so aku ingat nak masak yang best sket ler especially the desert sbb Mr. R memang suka makan puding, agar-agar dan seangkatan dengannya. Dah lama sebenonya nak buat puding nie tengok resepi dia pun takla sekomplikated mana.

Tapi impian nak masak juadah utama yang sedap-sedap dah jadi seringkas-ringkas yang boleh sbb takleh balik awal ade jer benda yang dimintak dari diriku nan seorang dipejabat tu. Kesian Mr.R semalam berbuka dengan kurma and air jer nasib baik ada kapkek yang buat hari tu. Takpelaa lapik perut sebelum makan berat yer tak hehehe. Aku cuma dapat masak ikan goreng, bendi goreng and telur dadar ish, ish ,ish teruk sungguh bini Mr.R nie yer tak. But I managed to buat the puding and the result sedaappppp ^_^.

PUDING LAICI
Bahan-bahan
10 gm agar2 serbuk atau 1 paket agar2 biasa [28 gram]
6 gelas air
11/2 cawan gula
1 tin susu cair (I buat separuh jer)
1 tin laici dlam tin... [mesin sikit]] (nie pun sama separuh jer)
1 tin laici [untuk hiasan]
Cara: 1. Masakkan agar2 serbuk atau agar biasa bersama air sehingga mendideh.
2. Masukkan gula. Biarkan mendideh lagi. [jika gunakan agar biasa kena tapis]
3. Tutup api. Masukkan air laici dan susu cair.
4. Tuangkan dalam acuan [terpulanglah nak acuan besar atau mangkuk kecil]. Bila dah sejuk masukkan dalam petisejuk.
5. Hidangkan bersama buah laici yang diasingkan tadi.
(Resepi ehsan dari Kak Hanieliza@fotopages.com)

Try la memang sedap, sedar-sedar buah laici habis dulu ^_^