Friday, February 13, 2009

Valentine Day


Esok 14 Februari bagi sesapa yang meraikan Hari Kekasih nie sure dah terfikir nak beli apa dan nak buat apa untuk yang tersayang tapi bagi umat islam, kita tak digalakkan untuk menyambutnya sebab hari tersebut adalah untuk memperingati Saint Valentine (correct me if I'm wrong) dan pada aku hari tersebut dah lebih kepada nak nilai komersil. Bayangkan bunga ros sekuntum pun dah sampai berbelas ringgit berbanding hari biasa yang kita boleh dapat dalam sehengget dua, yang untung syarikat-syarikat dan kedai bunga yang

Cuma pada tahun ini aku lebih menghargai kasih sayang seorang yang bernama suami walaupun sebelum berjumpa dia aku pernah terfikir mungkin jodoh aku dah 'mati' kot hehehe (teringat cakap-cakap kak zah pasal nie). Aku juga rasa bertuah kerana ditemukan dengan my Mr. R, and hopefully the bond will last until death do us part and I feel I'M THE LUCKY ONE.
This song I dedicated to all my dearest GURLSSS...you know who you are which I also knew that you all also feel very lucky with your other half.

From Penang to Orkid Tower, BBS

Aku tak tau sejak bila aku minat makan makanan nie, bila diingat-ingatkan semula rasanya sejak diperkenalkan oleh adik aku. Masa tu dia bawak aku makan kat Cheras lepas tu terus jatuh chenta. Setelah berkenalan dengan Mr. R we try tu find the best CHAR KUEY TIAW in town tapi agaknya sebab kami berdua nie kurang berjalan jadik yang tau sekitar Sentul and Setapak jerlaa ^_^. Hmm aktiviti ini musti diteruskan untuk mencari the best among the best tapi mestilah yang ori kat Penanglaa especially kat Padang Kota tu.
Bila baca blog Anis hari tu terus terkenang char kuey tiaw kat Padang Kota especially time study tour dulu (ingat tak gurllsss, especially lawan makan kerang siapakah ittewww ^_^), tapi terasa plak nak buat sendiri, kekonon nak challenge dirila (sebenonya sejak preggy nie teman memang maleh masak sket ^_^) so semalam vitamin R ada terlebih sket dalam diriku ini pastu workload kat opis pun kureng jadi I pun jenjalan kat myresepi untuk cari resepi yang similar ngan CKT kat Penang tu so taraaaaa inilaaa hasilnya...........




Tergolek-golek udang 3 ekoq

Another angle of the CKT

Senyum sampai ke telinga bila Mr. R kata "sedappppp" ^_^, and thanks dear sebab ambik gambo nih. Actually banyak lagi gambor CKT nie yang diambil tapi takan nak letak semuakan hehehe....During awal pregnancy dulu, time tu tak tau lagik pregnant, baru aku ingat kalau boleh hari-hari aku nak makan CKT nih rasa macam tak lengkap hari tu kalau tak makan CKT kalau tak pun seminggu sekali mesti pekena CKT rupa-rupanya ada rezeki menunggu ^_^. Hmm malam nie nak try resepi apa pulak yer kerrrr resepi pasar malam hehehehe......

Thursday, February 5, 2009

First Check-Up

Rasanya dah terlalu lama tak postkan sebarang entry kat rumah hinggap aku nih :-). Sekarang nih masa kurang mengizinkan and nothing interesting happen lately. Cuma last 2 days I went for my first medical check-up with my Mr. R, ingatkan check-up kat private takle menunggu lama sama jer rupanya ngan klinik kerajaan. After waiting for about 1 hour barula nama aku dipanggil, Dr. dia memang happy go lucky habeh, disebabkan aku terlupa when was my last period terus kena scan perut and that is the first time we see our baby and hear the heartbeat. Mr R. kata mcm tak percaya jer boleh dengar baby punya heartbeat..MIRACLE katanya ^_^ and MIRACLE coz a baby is growing inside my stomach SUBHANALLAH.....
I was hopping to have twins sbb melalui pembacaan aku, hamil diusia matang possibility utk dapat twins memang besar tapi bersyukurlah dengan seorang bayi yang sedang membesar di dalam perutku ini.
Alhamdullillah jugak aku tidak menghadapi sebarang masalah masa mengandung nie sihat walafiat, makan pun ok jer. Pening-pening sikit tu adalah tapi tak sampai terbaring jer, harap-harap sampai bersalinlaa keadaan ini berkekalan. MIL pun pesan macam-macam kat Mr.R, jgn bagi angkat benda berat-berat, jgn makan benda-benda yang tajam (???) and kalau pening kepala jangan bangun sampai dia baik sendiri..heheh ada chance nie nak ngada-ngada ngan Mr.R hehehe...
Gambar scan baby yang dapat time medical checkup tu dah tertampal kat pintu petiais bersama-sama dengan fridge magnet Mr. R yang berlambak-lambak tu.