Wednesday, December 30, 2009
Kendurik Lagi and Hajah Rasima
Monday, December 7, 2009
From Port Klang With Love
Wednesday, November 18, 2009
Babah's Creativity
Sunday, November 15, 2009
Kenduri kat rumah Ummie Anis
Hari Sabtu lepas bawak Zara pegi rumah Ummie Anis dia ada kenduri kecil sket ^_^ , actually plan mengejut jer sbb Mommie Dilla nak jumpa Zara dia so memula decide nak masak2 rumah ibuzara tapi ummie anis dengan baik hati tlh mengoffer buat kat rumah dia. Selamaattttt...hehehe... Makan kecil-kecilan jer ada nasik arab, nasik tomato, ayam golek, gulai ayam, puding roti yg sedap, ada pulut kuning, rendang hmm apa lagi tak ingat dah. Tapi tak sempat nak snap sbb ibuzara bz ngan zara sbb zara siap muntah ngan poo poo kat rumah ummie anis dia ^_^. Babah zara plak bz sembang ngan uncle Din soo sempat snap gambar masa Zara main2 ngan Kakak Dini and Abg Amar. Nak posing2 ngan mommie dila pun tak sempat. Takpelah lain time buat rumah ibuzara plak bleh invite semua auntiess...
Berebut nak main ngan Zara
Abg Amar yg bz tangkap gambar Zara
Pandai Kak Dini main ngan Zara
p/s : Tak larat nak menjawab soklan anak2 Anis : 2 bln tu camaner? - Soklan dr Amar ^_^
Sunday, November 8, 2009
Gugu Gaga Zara
Episode 1 Gugu Gaga Zara...hehehe berangan cam realiti tv plak. Tapi rasanya tak sanggupler, alangkan nak updet seminggu sekali pun tak terbuat ini nak updet hehari ye tak. So setelah menunggu selama 36 minggu tarikh 04/09/09 menjadi tarikh keramat bagi kami berdua, tepat pkl 12.24 lahirlahh puteri kami yang diberi nama Zara Raihanah secara caesarean (berangan nak bersalin normal jgk t'paksa dilupakan huhuhu) dgn berat sebanyak 2.4 kg cute jerr. Nampaknya Zara tak bleh tunggu nak keluar pd tarikh 09/09/09 yg jd idaman ibu dia ^_ ^ . Apa pun alhamdulillah princess kami ni lahir tanpa sebarang komplikasi, yang penting sihat dan sempurna. Tempoh berpantang dihabiskan di TI, jd tetiap mggulaa my Mr.R berulang alik KL-TI, TI-KL. Memula kekok jgk nak jaga baby nih nasib baik ada mak yang bantu menguruskan si kecik nie. Thanks so much jgk kepada my Mr.R yang byk memberi sokongan time berpantang dulu (especially part breastfeed, tension bila ada yg suruh bg susu formula jugak jugak sdgkan kita nak bg bf secara ekslusif) and jgk tolong dr. segi kerja-kerja rumah kalau nak buat sorang memang tak terbuat. Thanks for always being there for me.
Cik Zara nie senang jgk jaga dia cukup susu cukup tido dia ok dah (cheee ala2 aleesya gitu ^_^) tapi betul dia cukup susu tido je kejenya pastu memlm berjaga ajak ibu ngah babah dia sembang. Itu yg letih tu ... time cuti dulu bleh le layan skrg dah keje its a BIG NO NO. Alhamdulillah aktiviti bersembang di dini hari agak berkurang skrg ni. Bangun susu then tido balik. Sekarang nie suker ajak dia sembang (bkn time pepagi botalaa), suker dengar suara dia yang cute tu. So kepada semua auntie yang nak tgk Zara layan dulu gambar kat bawah ni nnti kalau ibuzara ada masa akan upload yng latest punya.
Time majlis cukur jambul
Good girl tak nangis pun
4 hari
Seminggu
Sehari
Beberapa minit selepas dilahirkan
p/s : Terima kasih jgk kepada abah yang turut bantu siapkan mkan aku, sediakan tungku dan memacam lagik. Sorry Bah ngan Mak kalau ada ketika suara tertinggi sket mungkin sbb stress time tu. Bukan marah tapi suara terkuat sket jer ^_^ .
Thursday, November 5, 2009
Salam Siaran Salam 1 Malaysia
Sunday, August 30, 2009
Ramadhan ke-8 dan Saat-saat Kecemasan
Hmmm setelah 8 bulan menanti tinggal beberapa hari lagi kami berdua nak menyambut orang baru, my Mr.R dah teruja sangat nak jumpa anak dia, aku pun tapi bila teringat cakap-cakap orang pasal kesakitan nak bersalin tu ada rasa seriau jugak. Tapi aku amat berhasrat untuk melahirkan anak ini secara normal, insyallah. Everything is ready cuma nak tunggu isyarat dari si kecil nie jer, kalau ikutkan ibunya nak jugak tarikh 9/9/2009 tu ^_^ tapi tak kisahla bila dia nak keluar asalkan selamat sihat walafiat dan sempurna sifat. Agar jadi anak yang solehah, beriman dan beramal serta hormat mak bapaknya dan orang yang lebih tua ....Aminnnnn....
Cuti Merdeka nie pun kami tak balik kampung, kalau ikut hati aku memang nak balik sbb semua adik beradik aku balik utk berbuka puasa sesama tapi fair and squarelaa sbb tahun nie pun tak balik AS untuk berbuka dengan keluarga in-law aku. So maknanya tahun ini dah 2 tahunla first Hari Raya kat TI ^_^ tapi next year and the following year kena laa beraya kat AS pulak, bayo hutang.
So what's for berbuka today...kena pikir nie ......
Monday, August 24, 2009
Ramadhan Al-Mubarak
First day berbuka pun tak masak (tak larat beb) beli kat bazaar ramadhan jer....kesian plak kat my Mr.R., nntila kalau agak sihat sikit I masak untuk U yer ^_^.
Semalam pegi kat blog kengkawan rata-rata mengucapkan Salam Ramadhan, so aku tugeder ngan Mr. R and sikecil yang tak lama akan jumpa ibu ngan babahnya.... pun tak nak ketinggalan untuk sama-sama mengucapkan SALAM RAMADHAN kepada semua kengkawan and aunties moga Ramadhan kali ini membawa lebih keberkatan kepada kita semua.
SALAM RAMADHAN dari :-
Zura, Shidi dan Baby
Sunday, August 16, 2009
Makan Laksa@Putrajaya
Sunday, July 26, 2009
What in My Baby's Bag ?
This is my baby's bag
Wednesday, July 8, 2009
Shopping Baby Stuff
Thursday, June 18, 2009
I'm 28 weeks pregnant.
Friday, June 5, 2009
From KL to London ...
Actually dah lama nak tulis resepi nie tapi selalu tertangguh, Kak Wawa kita pun ada mintak gak resepi nie maafle Kak Wawa lama sangat baru nak letak. Tapi bila ada 'orang jauh' yang mintak rasa terpanggil pulak nak put this resepi dalam entry kali nie jadi rasanya tak baik nak ditangguh lagi so friends this is the resepi memang sedap, bak kata Mr.R rasa mcm makan kat Penang ^_^. Namanya pun dah di rebranding oeh Mr. R instead of Penang Char Kuey Tiaw dah jadi ......
- 200 gm udang
- 250 ml air
- 4 ulas bawang putih diketuk
- 6sb sos tiram
- 3 sk kicap pekat
- 3 sb kicap manis
- 1 sk petis
- 2 sb pati ikan bilis/pati udang (aku guna yang kiub jer)
- 2 sk garam (bergantung kpd kemasinan sos tiram)
- 1 sk gula
Untuk mee:-
- 300 gram kuay teow (main ingredient)
- 1 sb cili boh (aku guna cili kisar)
- kerang
- sedikit kucai & taugeh
- 2 biji teloq
Cara2
- utk paste- rebus udang dgn air. Bila udang hampir masak, angkat udang dan toskan airnya. Air rebusan jangan dibuang ye ... simpan dulu.
- Campurkan semua bahan untuk paste dgn air rebusan udang tadi ... reneh hingga menjadi paste yang agak pekat. Matikan api dan biarkan paste sejuk dan bleh disimpan dlm peti sejuk.
- Utk mee:- tumis lada boh atau cili kisar hingga garing, masukkan dalam 4 sb paste tadi ... masukkan udang yang tlh direbus and kerang. Biasanya CKT agak berkuah so letak sikit air dalam 1/2 cawan.
- Bila air mendidih ... masukkan kuay teow, kucai, tauge dan kacau sehingga rata. Pecahkan telur, kacau dan bolehlah diangkat. Proses memasak CKT ni ambil masa dalam 3 ke 4 minit shj., pastikan api kuat semasa memasak.
- "Paste ni selalu diguna oleh mereka yg berniaga so udang yg direbus mmg digunapakai" tapi kalau utk kegunaan sendiri kalau x nk rebus dgn udang, bleh pakai petis tp kena tambah lg 1 sb. Paste ni jugak sepatutnya sudah cukup masin dan manisnya so x perlu letak lg garam and gula masa masak CKT ... ikut sesedap rasa la.
*resipi asal courtesy of myresipi.com.
Selamat mencuba and Bon Apetitte ... ^_^