Friday, June 5, 2009

From KL to London ...


Actually dah lama nak tulis resepi nie tapi selalu tertangguh, Kak Wawa kita pun ada mintak gak resepi nie maafle Kak Wawa lama sangat baru nak letak. Tapi bila ada 'orang jauh' yang mintak rasa terpanggil pulak nak put this resepi dalam entry kali nie jadi rasanya tak baik nak ditangguh lagi so friends this is the resepi memang sedap, bak kata Mr.R rasa mcm makan kat Penang ^_^. Namanya pun dah di rebranding oeh Mr. R instead of Penang Char Kuey Tiaw dah jadi ......

Bandar Baru Sentul Char Kuay Teow

Bahan2 (for 2)
Utk paste:-
  • 200 gm udang
  • 250 ml air
  • 4 ulas bawang putih diketuk
  • 6sb sos tiram
  • 3 sk kicap pekat
  • 3 sb kicap manis
  • 1 sk petis
  • 2 sb pati ikan bilis/pati udang (aku guna yang kiub jer)
  • 2 sk garam (bergantung kpd kemasinan sos tiram)
  • 1 sk gula

Untuk mee:-

  • 300 gram kuay teow (main ingredient)
  • 1 sb cili boh (aku guna cili kisar)
  • kerang
  • sedikit kucai & taugeh
  • 2 biji teloq

Cara2

  1. utk paste- rebus udang dgn air. Bila udang hampir masak, angkat udang dan toskan airnya. Air rebusan jangan dibuang ye ... simpan dulu.
  2. Campurkan semua bahan untuk paste dgn air rebusan udang tadi ... reneh hingga menjadi paste yang agak pekat. Matikan api dan biarkan paste sejuk dan bleh disimpan dlm peti sejuk.
  3. Utk mee:- tumis lada boh atau cili kisar hingga garing, masukkan dalam 4 sb paste tadi ... masukkan udang yang tlh direbus and kerang. Biasanya CKT agak berkuah so letak sikit air dalam 1/2 cawan.
  4. Bila air mendidih ... masukkan kuay teow, kucai, tauge dan kacau sehingga rata. Pecahkan telur, kacau dan bolehlah diangkat. Proses memasak CKT ni ambil masa dalam 3 ke 4 minit shj., pastikan api kuat semasa memasak.
  5. "Paste ni selalu diguna oleh mereka yg berniaga so udang yg direbus mmg digunapakai" tapi kalau utk kegunaan sendiri kalau x nk rebus dgn udang, bleh pakai petis tp kena tambah lg 1 sb. Paste ni jugak sepatutnya sudah cukup masin dan manisnya so x perlu letak lg garam and gula masa masak CKT ... ikut sesedap rasa la.

*resipi asal courtesy of myresipi.com.



Selamat mencuba and Bon Apetitte ... ^_^

No comments: