Sunday, November 8, 2009

Gugu Gaga Zara

Episode 1 Gugu Gaga Zara...hehehe berangan cam realiti tv plak. Tapi rasanya tak sanggupler, alangkan nak updet seminggu sekali pun tak terbuat ini nak updet hehari ye tak. So setelah menunggu selama 36 minggu tarikh 04/09/09 menjadi tarikh keramat bagi kami berdua, tepat pkl 12.24 lahirlahh puteri kami yang diberi nama Zara Raihanah secara caesarean (berangan nak bersalin normal jgk t'paksa dilupakan huhuhu) dgn berat sebanyak 2.4 kg cute jerr. Nampaknya Zara tak bleh tunggu nak keluar pd tarikh 09/09/09 yg jd idaman ibu dia ^_ ^ . Apa pun alhamdulillah princess kami ni lahir tanpa sebarang komplikasi, yang penting sihat dan sempurna. Tempoh berpantang dihabiskan di TI, jd tetiap mggulaa my Mr.R berulang alik KL-TI, TI-KL. Memula kekok jgk nak jaga baby nih nasib baik ada mak yang bantu menguruskan si kecik nie. Thanks so much jgk kepada my Mr.R yang byk memberi sokongan time berpantang dulu (especially part breastfeed, tension bila ada yg suruh bg susu formula jugak jugak sdgkan kita nak bg bf secara ekslusif) and jgk tolong dr. segi kerja-kerja rumah kalau nak buat sorang memang tak terbuat. Thanks for always being there for me.

Cik Zara nie senang jgk jaga dia cukup susu cukup tido dia ok dah (cheee ala2 aleesya gitu ^_^) tapi betul dia cukup susu tido je kejenya pastu memlm berjaga ajak ibu ngah babah dia sembang. Itu yg letih tu ... time cuti dulu bleh le layan skrg dah keje its a BIG NO NO. Alhamdulillah aktiviti bersembang di dini hari agak berkurang skrg ni. Bangun susu then tido balik. Sekarang nie suker ajak dia sembang (bkn time pepagi botalaa), suker dengar suara dia yang cute tu. So kepada semua auntie yang nak tgk Zara layan dulu gambar kat bawah ni nnti kalau ibuzara ada masa akan upload yng latest punya.

Time majlis cukur jambul

Good girl tak nangis pun

4 hari


Seminggu




Sehari

Beberapa minit selepas dilahirkan

p/s : Terima kasih jgk kepada abah yang turut bantu siapkan mkan aku, sediakan tungku dan memacam lagik. Sorry Bah ngan Mak kalau ada ketika suara tertinggi sket mungkin sbb stress time tu. Bukan marah tapi suara terkuat sket jer ^_^ .

No comments: