Friday, December 19, 2008

Quiet Anniversary


Pejam celik, pejam celik tanpa sedar pada 21/12/2008 nie genaplaa setahun usia perkahwinan kami tapi kami masih di alam bulan madu kerana kehadiran sikecil masih dinanti ^_^. Rasa macam bulan lepas jer Mr. R melafazkan akad nikah dan taklik, pastu busy busy ngan kenduri and all that beautiful stuff of wedding reception and photoshoot. Rasanya baru semalam aku try to adjust myself dengan kehadiran lelaki di dalam rumah selalu terkejut, especially kalau kat dapur hehehe.....almaklum rumah bujangku itu tidak dibenarkan lelaki masuk cuma dibenarkan saudara lelaki sahaja, so tak biasa kalau kat rumah abah lainlaa....sepupu's ramai bertandang so tak kisah dah.

Kalau tanya aku apa yang aku nak ubah time majlis kahwin aku, aku nak pakai corset sebab time pakai kebaya hari tu my tummy amatlaa terserlahnyer di dalam gambar malu..malu....(tula tak nak diet sesungguh hehehe) yang lain-lain aku amat berpuashati...haaa lagi satu khemah utama, sbb itu khemah emergency, kakak tu terlupa khemah untuk meja utama, dia bagi kat pengantin lain yang sama nama dengan aku, sedih giler time tu....

So what kind of celebration for our first wedding anniversary aku sendiri sampai hari nie tak tau nak celebrate kat mana dan macamana. Nak buat romantik mcm dah tak sempat dah, nak pegi bercuti dah tak boleh dah time nie. Maybe we can have candle light dinner kot kat our favourite restoran (or fav. shopping mall hehehe, MV la tu) and present ofcourse. Cuma dalam kepala otak aku nie terlintas nak mintak tolong abah buatkan kenduri kesyukuran sket kat kampung agar perkahwinan ini sentiasa dirahmati dan diberkati. Supaya setiap rintangan yang datang dapat diatasi dengan bijak dan matang. Agar dihindarkan anasir-anasir yang tidak sihat yang mempunyai agenda mengusik perkahwinan ini dan paling utama dikurniakan cahayamata yang sihat dan comel aminnnnnn......
So gurls apa benda yang kalau korang boleh ubah time hari kahwin korang, korang nak ubah....tell me herelaaa..we share ^_^
p/s: I asked Mr. R what do you want for your present....dia kata nak kasut bola blehhh tak romantik sungguh. I was thinking of giving him a gadget that he told me before but.....tak kisahlaaa....

Tuesday, December 16, 2008

New Place New Life New Challenge

Hari nie hari kedua aku kat tempat baru nie, don't know what to expect. Semalam my first day tapi tak sempat nak berblogger sebab yerlaa first day takan nak buat cam tempat lama, jagala reputasi sket. First tak banyak yang aku buat cuma redeco balik tempat aku nie yang nauzubillah keadaannya macam baru kena serang dengan garuda pastu ada meeting plak so petang I just do the minutes which is I selalu elak untuk buat selalunyer apa yang orang cakap lain yang aku tulis hehehe...
Tapi tulaa kalau kita lama kat satu-satu tempat we tend tu start comparing, mcm-mcm bendala sampaikan toilet pun aku bleh compare hehehe...almaklum kat tempat lama toilet dia besar kat sini masuk 2 orang dah sesak dah...so the tak selesa one.
Hari pertama aku balik awal sebab takde benda nak buat sangat, senarai tugas pun aku tak dapat lagi tapi hari nie mungkin balik lambat sebab nak buat preparation untuk meeting esok.
p/s : Ralat sungguh kamera rosak so tak bleh nak upload gambar huhuhu

Thursday, December 11, 2008

THE NEWS - Mix Feeling

Actually the news I got it last weeks, tapi tak dapat nak menulis kat sini mengenainya sbb sibuk menguruskan macam-macam hal. Macam-macam rasa ada mula-mula rasa suka seronok coz I will experience new things but in other feel rasa sedih plak nak tinggalkan apa yang dah aku hadapi selama 8 tahun disini. This is the first place I worked after diterima sebagai civil servant. Mula dihantar ke sini dulu ramai yang kata this place and the people is very hard to please, macam-macam advise yang aku terima tak kurang momokan-momokan tentangnya but end up not so bad kalau pandai tackle the people and the situation. Dalam 8 tahun tu jugak aku mula membina good relationship dengan semua peringkat, rasa sayang tu memang ada tapi I have to enhance my skill.
Disini aku belajar how people think differently dari apa yang kita fikirkan, budaya sence of urgency, budaya just do it! (I don't know how you do it, just do it! and the result must POSITIVE). Dan yang paling manis di sini juga aku bertemu jodoh ^_^ dengan my Mr.R.
So new place with a new challenge.....

The Wet AidilAdha and The Tragedy

Maybe not to late for me to wish Selamat Hari Raya to all my beloved friends, tahun nie beraya kat Utara jer, dah ambik cuti before the Raya so both of us balik petang hari raya tu jugak. Its a simple raya actually, my MIL prepare some rendang and ketupat palas and I cooked Lotong just to add the dish. After solat raya aktiviti makanla pulak and then all of us heeded to kubur which is I never done before sbb kalau kat kpg abah akan pegi right after solat so kami yang pompuan-pompuan nie tak dapat ikutla. Its really a wet aidiladha agaknya sebagai simpati pada mangsa-mangsa tanah runtuh kat Bukit Antarabangsa tu, kesian sungguh kat mereka-mereka yang terlibat.
Namun aktiviti ziarah menziarah tetap menjadi agenda tapi yang dekat-dekat jerla memandangkan petang tu jugak kami berangkat balik. So walaupun dalam cuaca yang syahdu begitu perutku tetap bergelora dan amat sebu dengan pelbagai food especially my fav. ketupat palas. Ahh when can I really dieting...always like dat hehehe...
Takziah kepada semua mangsa TRAGEDI TANAH RUNTUH DI BUKIT ANTARABANGSA.