Bulan puasa nie nak pikir pulak menu yang boleh membuka selera.
Friday, August 29, 2008
Cooking
Bulan puasa nie nak pikir pulak menu yang boleh membuka selera.
Thursday, August 28, 2008
Ramadhan al Mubarak
Cakap pasal Ramadhan nie, aku tak pernah ingat mcmana keadaan aku time kanak-kanak dulu agaknyer sama mcm orang lain kot....ada orang curi makanlaa...mandi lama-lama dan macam-macam lagilaahh...Seingat aku masa kecik aku selalu berpindah randah sebab abah aku askar tu yang tak ingat pengalaman puasa time kecik-kecik dulu. Budak-budaklah yang seronok sangat bila time puasa sebab nak raya kan pastu nak dapat duit raya tapi budak-budak sekarang tak taulaa...kalau kat kampung atau time aku duduk kat kem askar dulu kami ada geng pegi beraya, rumah orang tak kenal pun masuk jugak sbb nak kutip duit raya ^_^. Budak-budak sekarang mengadap tv jer so makna raya tu sendiri dah hilang. Bila balik kampung sementelah pulak duduk di kalangan orang-orang jawa sbb abah jawa....kami panggil bara'an so ada geng anak teruna dan anak dara...satu kampung kami pusing bukan untuk kaut duit raya arr tapi untuk bermaaf-maafan antara jiran tetangga. 2 hari jugak ler baru habis satu kampung, masa time anak dara dulu mcm boring jer kalau kena pegi bara'an tapi bila dah kawen I miss those thing actually aku stop pegi bara'an bila geng-geng aku banyak yang dah kawen so tak kan nak join budak-budak cheniap pulak tak sessuaiiiii gitu. Cuma sekarang nie aku ngan adik-adik akan pegi beraya rumah sedara mara yang rapat atau makcik-makcik yang kami kenal rapat.
So tahun nie aku berpuasa berdua pulak...nervous jugak tak tau nak expect mcmana. Siap tanya tu "you sahur apa ekk selalu", maybe I'm lucky sbb my Mr.R cuma lalu roti jer time sahur katanya tapi takan nak sediakan roti kosong jer yer tak...takan hari-hari nak bagi roti Gardenia kot kenalaa pelbagaikan roti, roti puri ker, roti sandwich ker, roti canai ker....ROTI CANAI ?????? errrkkk pandai ker tebar hehehe fenin-fenin....tu blom bab juadah berbuka lagi memang banyak makanan kat pasar ramadhan tu tapi kalau dah hehari kopak jugak yer tak.....So we'll see camnerlahhh...
Selamat berpuasa bagi semua kengkawan dan mohon maaflaa kalau sepanjang persahabatan ada yang tersinggung terkecik hati dengan diriku ini.
Salam Ramadhan.
Friday, August 22, 2008
At last - Berakhir Satu Penantian
Hari nie last day my Mr. R berkursus..best..best..best ada kawan balik kat rumah. Dah 6 bulan duduk sengsorang kat rumah hanya ASTRO jadi peneman setia setiap kali balik dari kerja. Kadang-kadang sampai boleh bercakapla dengan ASTRO tu punyala takde kawan hehehe nak kol kengkawan dorang pun busy dengan family sendiri sesekali bolehla. But starting today the environment will change tapi tak tau pukul berapa nak sampai rumah tu. Tadi kol pun dia masih ada taklimat, tak tauler taklimat apa, dah pengakhir kursus pun masih ada aktiviti hhmmmpphhh....So from tomorrow normal aktiviti that we always do together will be back as usual such as jogging kat tasik belakang rumah(ini kalau rajin), kemas rumah^_^ or just jalan-jalan kat shopping complex dan yang wajib surela MV hehehe favorite place tu.
Starting today jugak kepala aku mula ligat memikirkan menu-menu untuk weekend nie dan jugak hari-hari mendatang nasib baik ada blog-blog resepi yang memudahkan kerja hehehe especially Che Mat Gebu, Kak Liza and myresepi. Walau tak pernah kenal mereka nie tapi blog diorang nie banyak berjasa buat aku yang bolehla dikatakan baru melayari alam perkahwinan nie dan agak liat untuk masuk dapur masa time anakdara sunti dulu (bukan apa sbb dah ramai chef yang berbakat so kita tinggal tolong apa yang patutla ^_^). Dah kahwin nie kenala merajinkan diri demi my Mr.R.
Monday, August 18, 2008
An Exhausted Weekend
Ceritanya last weeks ada kenduri kahwin di Shah Alam rumah sedara, so abah mintak aku bawakkan dia kesitu tapi knowing abah dia tak pernah nak bermalam di KL so pepagi dah gerak ke KL then petang tu jugak balik TI. Sebelum balik tu kira abah ngan mak roundlaa jugak rumah anak2 dia, itu baru 3 orang anak yang duduk kat KL nie kalau 6 aku tak taule. Dalam satu hari nak round semua, nampak dia penat sangat semalam ^_^. Apapun pengantin semalam nampak cantik, tema kaler hijau terkebetulan pulak baju kurung aku pun kaler hijau gak hehehe...teringat time jadi pengantin dulu ^_^ mcm semalam je baru naik pelamin walau dah 8 bulan turun pelamin hehe....
Hari ini terpaksa balik semula ke KL sbb 2 boss kat ofis tu takde cuti rehat kalau aku cuti gak karang berdondang sayang pulak bebudak kat opis nie, ikutkan hati nak EL jer. Sepanjang jalan balik hujan selebat-lebatnya. Berenti kejap kat R&R tetiba my sis. kata "Apsal keta kakak berasap?". Mula-mula ingat takde apa2 tapi teringat maybe air kurang so bawak pelan-pelan ke stesen minyak terdekat mintak tolong aci kat situ tengokkan. Bila bukak hood jer sah berasap kat dalam cuma taklaa teruk sangat asapnyer...so taklah panik sangat kalau sengsorang tadi tu sure dah tak tau nak buat apa dah. Rupa-rupanya cooler keta kurang kenalaa 40 hengget. Dalam keadaan kering time nielaa dia nak berasap. Inila first time aku alami kereta rosak kat highway nasib baik berdua, kereta tu sejak beli tak pernah meragam pun tu yang ambil mudah jer segala benda berkenaan dengan kereta nie. Nak dimudahkan ayat kira buta kereta gak ler aku nie, semuanya bergantung pada orang kat bengkel tpt aku pergi servis selalu tu. So dah tukar air ngan cooler aku pun meneruskan perjalanan ku cheewwahhhh...Sampai KL dah 11.30 kira oraitlaa tu.
Thursday, August 14, 2008
Butakah Cinta
Monday, August 4, 2008
Nostalgia Karton dan Drama Jepun Zaman Meningkat Dewasa
