Monday, June 30, 2008

Wanted


Last weekend we decided to tengok wayang kat Midvalley. Kat mana lagi sejak berdating sampailaa dah kawen nie tempat favourite itulaa dianye, agaknya sebab selesa and semua ada kat situ ada Carrefour, Jusco, Foodcourt yang agak murah, MakanPlace yang reasonable price, The Garden (ini boleh tgk jelaa...).

So kami pilih cerita Wanted action fiction movie, Angelina Jolie sebagai heroin. Tengok pada promo macam best movie nie. Hmm berapa bintang yer patut aku bagi pada cerita nie 3 bintang jer kot. Action stunt dari Angelina memang superb tapi tak taulaa kalau pakai stuntmankan, badan dia usah cakapler tapi yang serabutnyer kat badan dia nie penuh tatoo. Ceritanya pasal pertubuhan yang mengelar diri mereka sebagai Fraternity, diorang nie pembunuh takdir kononnyerlaa...kenapa diorang digelar sebegitu pegilaa tengok sendiri. Nak bagi ulasan tak pandailaa hehehe...

Friday, June 27, 2008

Babysitter


Semalam dapat call dari adik aku...."Kak boleh jaga Nurin tak?.... beberapa saat jugak aku terdiam, this is second time dia mintak tolong. bukan tak boleh jaga tapi bila dia melalak tunjuk perasaan tu yang panik jap. Anak-anak sekarang baru setahun jagung dah pandai tunjuk perasaan kalau kemahuan tak dituruti. Macamana pulak kalau anak sendiri nanti????....
Tanya kat my Mr. R dia kata ok jer lagipun sabtu nie dia balik lewat petang ada futsal katanya. So I just accept it. Praktis jaga budak hehehe...so kena siapkan minda dan fikiran bila dia nangis nanti. Pengalaman pertama aku tak tau nak buat apa bila dia perasan mak dia dah "hilang" dekat sejam gak ler dia nangis dah habis ikhtiar memujuk aku biarkan jer dia nangis sampai diam, pakaikan baju terus tertido, time tu lupa nak bagi susu almaklum first time hehehe.....
Hmmm sometimes I wonder what is the best method to raise children, is there any rules how to teach our kids to be a better person, kalau difikir-fikirkan memang mcm tak bersedia utk ada anak sbb takut nnti tak boleh mendidik dengan baik, takut resultnya tidak seperti yang diimpikan. Takut jadi macam SI TANGGANG. Kalau ikut pakar motivasi mendidik anak perlu pakai psikologi tak boleh marah-marah tak boleh pukul-pukul, anak kita mesti treat dia mcm kawan tapi pada aku kalau dah macam tu keadaannya dimana respectnya seorang anak kepada seorang ibu atau bapa. This is just my thought. But I can't wait to have mine and he love to have lotszzz of children but we'll see... rezki itu dariNYA. Berapa pun dia nak beri hanya kata-kata syukur patut diluahkan.

Wednesday, June 25, 2008

English Class

Rasanya bahasa ke-2 nie dah di ajar sejak kita darjah satu lagi. Aku ingat dah habisla sesi pembelajaran bahasa nie bila grad dr IPTA dulu. Tapi sangkaan aku meleset, tempat aku keje sekarang nie mewajibkan semua kakitangannya untuk belajar semula bahasa ke-2 nie. Siap kelas disediakan dan cikgu-cikgu diambil dr Universiti tempatan yang tersohor hehehe....

Tapi aku nie malehnyerr kalau tiba hari Isnin dan Rabu, salah satu sbb kelas nie start pukul 5 time tu otak dah tepu dan penat dah so tak fokuslaaa. Tapi kalau tak pegi pulak kena mengadap orang atasan tu yang tak tahan tu nak tak nak kenalaa pegi jugak plus buat jugak homework yang diberi dengan hati yang separuh. Oklaa nak pegi dah esok sambung huhuhuhu....

Tuesday, June 17, 2008

P/S I LOVE YOU


I had this book which I bought it a few month ago tapi sampai sekarang tak habis baca lagi. Tak taula bila nak habis. Ceritanya menarik siap boleh nangis tu masa baca introduction buku nie tu yang terus beli tu. Tapi bila dah beli mcm tak sanggup plak nak baca. Maybe becoz I pray this thing won't be happen to me.
Kisahnya memang syahdu about this girl named Holly yang cuba bangkit semula selepas kematian suaminya dengan bantuan surat-surat yang lebih kepada "List" yang ditinggalkan oleh suaminya. Setiap hari akan ada satu List yang perlu dibaca oleh Holly.
Tak boleh nak bagi summary lebih-lebih sbb tak baca habis lagi hehehe..... Harap-harap lepas nie bolehlaa habiskan buku nie. Worth buying and reading this book. "Penghargaan pada Amazon.com sbb meminjamkan visual ini"

Thursday, June 12, 2008

Dalam Senyum Ada Sakitnya...

Wow 2 entry in a day..very impressive hehehe....Actually as at pukul 11.00 tadi my mood goes upside down I feel sooo GERAMMM and MARAAHHHH but I have to keep smile and cool which is very hard to do and in same situation I feel like I am disturbing other people space with all my problems. Suddenly I feel like as an employee I am so depending to other people, uncommited, demoralized, talk to much nothing being done (peribahasa orang melayu kata macam ketuk tin kosong bunyi kuat tapi takde isi)etc,etc,etc and this people they have this smirk at their face try to tell me that "ohh how stupid this girl even the simplest thing she have to ask for help to others". I am a kind of person who like second opinion from others coz for me only other people will spot what mistake yang dah kita buat. And I hate treated like I did'nt do my job well which I've done long ago. If you need to know the status of what I'm doing ask nicely, don't makes face or raise your voice. What you feel if you get the same treatment from others. In other situation HUMILITION is a no-no thing in Personnel Studies but some people do that. For me eventhough its hurts me A LOT I try to muhasabah diri maybe its me who is wrong. Malu memang malu and the story will on and on and people will talks and remember it for as long as adecade but life must goes on. After almost 10 years here maybe I should ask for tranfer bak kata orang otak dah tepu you need something NEW something FRESH. Betullah kata one of my closeses friend this is a place where you can luahkan what you feel to make you feel good again bcoz even we have a very understanding partner they still don't understand what we've been through if we tell them bcoz MEN FROM MARS AND WOMEN FROM VENUS.

ViewBlog and Other Stories

2 hari lepas aku dapati aku tak boleh nak view blog aku sendiri nak buat camner kan, dah polisi tempat aku bekerja nie. So terima tanpa banyak songeh. Apa yang boleh dibuat hanya update jerlaa blog aku nie walau tak dapat nak melihat apa yang aku tulis. Maybe after my Mr.R decide to take whether stremyx or Jaring until then I have to put my thought and my mind using office PC and internet line hehehe...
Yesterday was a hectic day banyak keje nak buat then telefon plak tak reti nak duduk diam asyik berdering mohon perhatian. Layan jer laa bak kata Farah Fauzana. Last nite, I have a long chat with my Mr. R memacam gosip diciter ngan luahan perasaan sekalilaa sampai satu part I feel like alamak he only being a listener to all my grumble and my story things and I don't even ask about his day. So with a low tone voice I ask him "What did you do today" he just laugh a bit and said takpelah we have the whole weekend to talk about my day hehehe.....Sometimes I just hope this kind of understanding will last forever but only HIM knows what will happen in future. We just pray for the best. Amin.

Monday, June 9, 2008

Penat

Minggu lepas, minggu yang paling memenatkan manakan tak asyik berulang dari utara-kl, dua kali tu sekali secara solo yang kali kedua ngan Mr.R. Tapi itula pengorbanan setelah bergelar seorang isteri. Kita bukan sahaja kawen ngan orang yang kita cintai tapi turut kena berkahwin dgn family or should I say ngan mak dia sekali ^_^. Ada 2 majlis kahwin dalam minggu tu jadi kenala tunjukmuka. Disebabkan harga minyak dah naik so we decided to take bus, tapi dengar-dengarnya harga tiker bas pun nak naik so what alternative yang kita ada hmmmpphhh.....
So semalam sampai KL dah pukul 4, tiba kat rumah dah 4.30 petang...cakap ngan Mr.R dah penat nak prepare dinner so dia kata it's ok just masak nasik then lauk belilaa....Hmmm..dalam nak berjimat some situation terpaksalaa hehehe nasib dapat hubby yang memahami kalau tak hai ntahlerrr.....Thanks dear for understand me....tapi sebelum tu sempat jugak masakkan jejemput bawang untuk minum petang itu jerlaa yang termampu setakat semalam. Be4 10.30 semalam hantar my Mr. R balik semula ke INTAN(actually hantar kat kereta je ^_^) so again minggu nie solo baliklaaa sehingga weekend nie....Bak kata dia "sekarang adalah waktu-waktu susah jadi sabar jerlaa"...

Friday, June 6, 2008

Kesempurnaan Yang Belum SEMPURNA


This is my first blog and first entree....sebelum nie hanya menyelam ke blog orang lain tapi merasakan satu keperluan untuk tidak ketinggalan di dalam gelombang ini, ku memaksakan diri untuk menceburkan diri dalam bidang ini. Hmmm...perkataan TERPAKSA itu sepatutnya tiada dalam kehidupan seseorang perlu ikhlas dan ada motivasi diri untuk melakukan satu ANJAKAN PARADIGMA diri. Mungkin blog ini belum SEMPURNA sepenuhnya , masih banyak yang perlu ditokok tambah usaha itu perlu untuk meneruskannya.