Sunday, November 8, 2009

Gugu Gaga Zara

Episode 1 Gugu Gaga Zara...hehehe berangan cam realiti tv plak. Tapi rasanya tak sanggupler, alangkan nak updet seminggu sekali pun tak terbuat ini nak updet hehari ye tak. So setelah menunggu selama 36 minggu tarikh 04/09/09 menjadi tarikh keramat bagi kami berdua, tepat pkl 12.24 lahirlahh puteri kami yang diberi nama Zara Raihanah secara caesarean (berangan nak bersalin normal jgk t'paksa dilupakan huhuhu) dgn berat sebanyak 2.4 kg cute jerr. Nampaknya Zara tak bleh tunggu nak keluar pd tarikh 09/09/09 yg jd idaman ibu dia ^_ ^ . Apa pun alhamdulillah princess kami ni lahir tanpa sebarang komplikasi, yang penting sihat dan sempurna. Tempoh berpantang dihabiskan di TI, jd tetiap mggulaa my Mr.R berulang alik KL-TI, TI-KL. Memula kekok jgk nak jaga baby nih nasib baik ada mak yang bantu menguruskan si kecik nie. Thanks so much jgk kepada my Mr.R yang byk memberi sokongan time berpantang dulu (especially part breastfeed, tension bila ada yg suruh bg susu formula jugak jugak sdgkan kita nak bg bf secara ekslusif) and jgk tolong dr. segi kerja-kerja rumah kalau nak buat sorang memang tak terbuat. Thanks for always being there for me.

Cik Zara nie senang jgk jaga dia cukup susu cukup tido dia ok dah (cheee ala2 aleesya gitu ^_^) tapi betul dia cukup susu tido je kejenya pastu memlm berjaga ajak ibu ngah babah dia sembang. Itu yg letih tu ... time cuti dulu bleh le layan skrg dah keje its a BIG NO NO. Alhamdulillah aktiviti bersembang di dini hari agak berkurang skrg ni. Bangun susu then tido balik. Sekarang nie suker ajak dia sembang (bkn time pepagi botalaa), suker dengar suara dia yang cute tu. So kepada semua auntie yang nak tgk Zara layan dulu gambar kat bawah ni nnti kalau ibuzara ada masa akan upload yng latest punya.

Time majlis cukur jambul

Good girl tak nangis pun

4 hari


Seminggu




Sehari

Beberapa minit selepas dilahirkan

p/s : Terima kasih jgk kepada abah yang turut bantu siapkan mkan aku, sediakan tungku dan memacam lagik. Sorry Bah ngan Mak kalau ada ketika suara tertinggi sket mungkin sbb stress time tu. Bukan marah tapi suara terkuat sket jer ^_^ .

Thursday, November 5, 2009

Salam Siaran Salam 1 Malaysia

Salam siaran semula kepada semua kengkawan dan salam 1 Malaysia. Cheeehhhh dah ghoper pembaca berita plak. Setelah bertapa selama 2 bulan di kampung kini akak kembali semula untuk mewarnai alam berblogging nie (berkobar-kobar sungguh bunyiknye ^_^). Dah rindu serindu rindunya nak updet blog nie, mcm2 crita nak crita rasanya. Almaklumle kat kg akak tu internet line takdek dan selama itu jgkle akak rasa cam 'katak duduk bwh tempurung gitu', no facebook, no blogging, no surfing whatsoever'. Nasib baik jgk Mr.R setiap kali balik belikan majalah kesukaan akak jd adalaa jgk sikit entertainment selain program tv yg dah hafal jadualnya sepjg berpantang tu. Akak selamat menjalani tempoh 44 hari berpantang tetapi tidak dapat menjalani kaedah pantang tradisional seperti yang diinginkan atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Sedih gitu kengkunun dapatla turunkan berat badan 20 kilo kalau dapat pantang secara rigid ni tapi terpaksa berpuas hati dgn berat bdn sekarang nie.
Sekarang dah mula kerja balik, banyak benda nak kena catch-up balik. Agak mencabar jgk sejak ada anak nie, rutin harian semua dah berubah. Dulu siap2 utk diri sendiri jer skrag nie kena utamakan si kecik dulu then baru diri sendiri. Paling mencabar time tido, time cuti dulu boleh ler melajak2kan time sampai ke pkl 8 so hehari dah cam 'zombie' ^_^.
Oklaa mukadimah utk waktu ini, lain entree akan diupdate dgn gambar2 si kecik zara ....

Sunday, August 30, 2009

Ramadhan ke-8 dan Saat-saat Kecemasan

Setelah seminggu berpuasa dengan juadah berbuka ala tunjuk-tunjuk gitu, akhirnya aku dapat jugak menyiapkan juadah berbuka hasil air tangan ku hehehe, rasanya dah muak beli kat pasar ramadhan tu rasa pun takle sesedap mana. Dah seminggu jugak my Mr. R jadi pembeli setia di Medan Selera tempat dia berkerja. So semalam aku sempat masak roti jala and kari daging untuk juadah berbuka tapi lupa nak snaplaa pulak and also the presentation nak so goodlaaa....^_^. Tengok rumak Mok Yong kita malu plak aku nak tampal gambo juadah berbuka semalam nntila kalau masakan aku tu semengah sket akan ku tampal disini hehehe....

Hmmm setelah 8 bulan menanti tinggal beberapa hari lagi kami berdua nak menyambut orang baru, my Mr.R dah teruja sangat nak jumpa anak dia, aku pun tapi bila teringat cakap-cakap orang pasal kesakitan nak bersalin tu ada rasa seriau jugak. Tapi aku amat berhasrat untuk melahirkan anak ini secara normal, insyallah. Everything is ready cuma nak tunggu isyarat dari si kecil nie jer, kalau ikutkan ibunya nak jugak tarikh 9/9/2009 tu ^_^ tapi tak kisahla bila dia nak keluar asalkan selamat sihat walafiat dan sempurna sifat. Agar jadi anak yang solehah, beriman dan beramal serta hormat mak bapaknya dan orang yang lebih tua ....Aminnnnn....

Cuti Merdeka nie pun kami tak balik kampung, kalau ikut hati aku memang nak balik sbb semua adik beradik aku balik utk berbuka puasa sesama tapi fair and squarelaa sbb tahun nie pun tak balik AS untuk berbuka dengan keluarga in-law aku. So maknanya tahun ini dah 2 tahunla first Hari Raya kat TI ^_^ tapi next year and the following year kena laa beraya kat AS pulak, bayo hutang.

So what's for berbuka today...kena pikir nie ......

Monday, August 24, 2009

Ramadhan Al-Mubarak

Tahun nie masuk tahun ke-2 aku berpuasa berdua...err kira boleh kata bertigalaa. Siap bagitau baby kata kena pose masa first day tu takut dia menendang dengan kuatnye ^_^ so alhamdulillah so far so good. Persiapan untuk berpuasa pun sederhana jer sbb masih kemaruk nak beli barang baby dan persiapan untuk ibu yang lain ^_^. Lagipun aura ramadhan tu cuma aku terasa bila first day puasa kalau tak dah mcm biasa jer agaknyer sbb fikir "aku nie nak bersalin tak berapa hari lagik nie dlm bulan pose" so the excitement untuk pose tu sedikit sebanyak telah didestracted oleh 'hal' yang satu tu.
First day berbuka pun tak masak (tak larat beb) beli kat bazaar ramadhan jer....kesian plak kat my Mr.R., nntila kalau agak sihat sikit I masak untuk U yer ^_^.
Semalam pegi kat blog kengkawan rata-rata mengucapkan Salam Ramadhan, so aku tugeder ngan Mr. R and sikecil yang tak lama akan jumpa ibu ngan babahnya.... pun tak nak ketinggalan untuk sama-sama mengucapkan SALAM RAMADHAN kepada semua kengkawan and aunties moga Ramadhan kali ini membawa lebih keberkatan kepada kita semua.


SALAM RAMADHAN dari :-

Zura, Shidi dan Baby

Sunday, August 16, 2009

Makan Laksa@Putrajaya

Alkisah cerita makan laksa nie sebenonya dah basi ^_^ sbb dah nak dekat sebulan rasanya baru nak letak dalam blog nie. Al-Kisah bermula bila aku dapat sms diajak makan laksa kat rumah sahabatku ini di rumah barunya di Putrajaya memula mcm tak boleh jer sbb hari yang sama kena attend 2 kenduri kawen but sahabat punya pasal pegila jugak.
Sempat lagik pegi Festival Flora dan Fauna
Bot persiaran, tak berani makcik ^_^
Akhirnya kami berjaya sampai ke Precint 9 setelah 2 kali buat U-turn kat senang ker sebenonya cuma daerah Putrajaya nie mokcik tak berapa paham sangat. Putrajaya nie memang sesuai bagi mereka-mereka yang sukakan kedamaian mcm kat kampung memang tenang gitu...kereta pun tak berapa banyak. So sesampainyer kami kat rumah Anis apalagi aktiviti makan laksa pun bermula. Ingat nak ambik gambo tapi seganlaa pulak, tak segan ngan Anis tapi segan ngan hubby dia ^_^. Sempatla jugak kami solat marghrib sebelum bergerak balik ke BBS semula.

Nie setelah selesai sesi makan laksa
Sesi mengayukan diri Sesi konsultation ^_^
p/s : Lepas nie kena tunggu 3 - 4 bulan plak baru bulih makan laksa ...seksa..seksa..jiwa dan ragaku...