Monday, October 20, 2008

Picnic@Titiwangsa

Bunyi dia macam kelakarkan sbb kalau sebut Titiwangsa mesti orang akan bayangkan tempat orang bersiar2, beriadah dan bertenet untuk para rumaja (ada unsur2 negatif nih hehehe). But that was our activities last weekend instead of pegi open hselaa.
So bertempat di Tasik Titiwangsa after berjogging(actually sorang jer jogging sorang lagi walking hehehe) we decided to have our breakfast kat Titiwangsa lebih kurang cam berkelah jugaklaa, the day before Mr. R dah order dia nak b'fast pulut so I make pulut tanak, kelapa parut , ikan masin gelama goreng and some butter sandwich (ala roti bubuh mentega ngan gula tu) and 1 termos air kopi. Menu macam orang nak pegi bendangkan bawak bekal tapi itulaa exctly what he wanted yesterday. But not bad, its turn out to be so sedap one sbb dah lama tak makan camtu (kalau ada ubi kayu rebus cecah ngan sambil tumis lagiiiiiii nyum nyum).... sambil tu menikmati pemandangan KL di pagi hari...wahhh sounds romantik gitu. As promise enjoy the picture....


Sebelum

Selepas

Petangnye we went to my aunty's house kat Ampang apa lagi acara makan2laa...so kiranya last weekend memang tak masak untuk lunch and dinner selamatttt...but before balik my aunty bekalkan kari kambing, dhal and rendang so untuk tidak membazir I make lempeng kosong cicah ngan kuah kari for our dinner wah syahdu sungguh hehehe...manalaa berat badan tak mencanak-canak lepas raya nie...rabu nie pulak ada Majlis Raya pulak opis aku buat hmmm niat tulus ikhlas nak menguruskan badan tu terpaksa ditundakan dulu hehehe...

Thursday, October 16, 2008

Entree Tertunggak

Check kat dalam posting ada entree yang tertunggak so layanzzzzzz..... nie gambar2 time raya hari tu....


Ingatkan nak bergambar cam Kak Nita & Abg Mahathir tapi maluler pulekkksss...



Dengan my Embah yang 'cute'




Nie kat pekarangan rumah tok sedara Mr.R rumah dia bersebelahan dengan rumah memorial Tunku Abdul Rahman




Tuesday, October 14, 2008

Open House

Last Saturday aku buat Open House, first time selepas berkahwinlaa kiranya. Open house kali nie dikategorikan sebagai open house mengejut jugaklaa sbb tersilap tengok kalender ingatkan minggu depannya tapi rupanya tidak so menunyer pun agak simple and the tetamu pun tak ramai sangatla sebab tak sempat nak menjemput yang lain-lain. Yang pasti open house nie lebih kepada kengkawan Mr. R yang akan pegi ke DPA starting this weeklaa and jugak untuk sedara mara. A few of my close friend yang dekat2 manage to come to our open house walaupun "perut" dah berat sbb dah attend 2,3 buan open hse seblom tu.
A credit to my SIL yang pepagi dah datang menolong and turut meminjamkan periuk2nyer yang besar itu, kalau ikutkan rumah aku semua periuk yang comel2 jer itu pun hadiah kawen hari tu. Thanks also to my aunty yang terpaksa ku minta jasabaiknyer untuk memasak kuah spaghetti tambahan sbb dah habis heheh. So the menu :

Laksa (cedok resepi anis hehehe)
Spaghetti
Roti jala
Lemang
Rendang
Nasi Impit
Kuah kacang.


Kalau diikutkan semua laksa dan spaghetti tu habis cuma aku terlebih bajet tu yang ada lebih, kuah laksa actually tinggal suku periuk tapi aku siap masak lagi satu periuk mana tak berlebih spanghetti pun camtu gak. Cuma spaghetti mendapat perhatian dulula sebab rata-rata kata semua rumah yang dorang pegi ada laksa so spaghetti tu ada kelainan sket laa hehehe..
One of my friend mintak resepi spaghetti aku yang simple banget itu so friend here it goes :

Bahan-bahan :

2 botol besar Prego (untuk 20 orang makan)
400gm daging cincang
2 biji bawang kuning (potong 8)
1 biji bawang putih (hiris)
4 biji tomato (kisar ambil airnya)
1 tin cendawan butang (any style potong can do)
1 atau 2 sudu Sos tomato (ikut kesesuaian)
1 atau 2 sudu Sos cili (ikut kesesuaian)
Minyak untuk mengoreng (sikit jer)

Cara2nya:
1. Goreng bawang besar dan putih sehingga layu kemudian masukkan daging atau
ayam cincang tadi biarkan sehingga airnya kering (jangan ler bior jer nanti hangit
plak kacau ler sekali sekala).
2. Pastu masukkan sos prego biarkan mendidih sedikit.
3. Masukkan sos cili dan tomato, kacau bagi sebati.
4. Masukkan cendawan yang telah dipotong tadi.
5. Masukkan air tomato secukupnya - kalau kuah tu pekat sangat boleh tambah lebih
sikit.

Note : kalau tak suka dengan rasa originalnya yang masam sket tu boleh bubuh dalam 1 sudu besar rapat serbuk cili.

So kepada sesapa yang nak cuba boleh try.

p/s: Apsal aku tak boleh nak upload gambar icon nak upload gambar pun takde huhuhuhu

Thursday, October 9, 2008

Masih Mood Raya

Masuk hari nie dah 8 Syawal tapi mood raya masih "tebal" dalam diri aku, alasan maleh keje la tu hehehe...Raya tahun ini berlainan sikit bagi aku sbb beraya sebagai isteri orang bukan lagi orang bujang. Kalau dulu pagi raya cuma bersalam dengan mak ngan abah jer tapi tahun ini buat julungkalinya aku mencium tangan seorang lelaki yang bergelar SUAMI aku. Pagi raya tu berderai jugak airmata aku sbb mengenangkan macam2 dah berlaku dalam tahun nie pada keluarga aku, mak pun dah menunjukkan progress yang positif dan keterharuan kerana aku kini telah berdua. So bila pegi rumah embah time nak bersalam2 tu takla aku duduk kat tempat anak2 dara yang dah bertahun aku rasa janggal sangat sbb sepupu yang lain belasan tahun lagi aku nie dah puluhan tahun tak sessuaiiii gitu....
Tahun nie aku mintak izin kat Mr. R untuk balik TI dulu sbb ada acara bergambar satu family so petang raya pertama tu kami berangkat balik AS pulak, dekat tengah malam jugaklaa baru sampai. Huhuhu kalau dulu akulaa orang last sekali balik bila hariraya tahun nie first raya dah balik rumah mentua pulak.
Pepagi esoknya acara "beraya" start very early in the morning and its last after marghrib. kat AS tak macam TI sbb rumah-rumah yang nak pegi tu jauh-jauh belaka pastu malam tu jugak ada kenduri pulak kat rumah Tok Su Mr. R, memang penat. Pada hari raya ke-4 pulak mak menakan buat launcing kedai makan dia kat Penang, so satu hari tolong berkedai cam best pulak actually itu utk makan-makan family jer tapi ntah macamana terjadi kenduri plak sbb orang keep pouring in ingat kedai baru bukak...semua makanan sold out. Hari tu Mr.R jadi supervisor check makanan cukup ker tak hehehe...nanti upload gambar.....