Sunday, August 16, 2009

Makan Laksa@Putrajaya

Alkisah cerita makan laksa nie sebenonya dah basi ^_^ sbb dah nak dekat sebulan rasanya baru nak letak dalam blog nie. Al-Kisah bermula bila aku dapat sms diajak makan laksa kat rumah sahabatku ini di rumah barunya di Putrajaya memula mcm tak boleh jer sbb hari yang sama kena attend 2 kenduri kawen but sahabat punya pasal pegila jugak.
Sempat lagik pegi Festival Flora dan Fauna
Bot persiaran, tak berani makcik ^_^
Akhirnya kami berjaya sampai ke Precint 9 setelah 2 kali buat U-turn kat senang ker sebenonya cuma daerah Putrajaya nie mokcik tak berapa paham sangat. Putrajaya nie memang sesuai bagi mereka-mereka yang sukakan kedamaian mcm kat kampung memang tenang gitu...kereta pun tak berapa banyak. So sesampainyer kami kat rumah Anis apalagi aktiviti makan laksa pun bermula. Ingat nak ambik gambo tapi seganlaa pulak, tak segan ngan Anis tapi segan ngan hubby dia ^_^. Sempatla jugak kami solat marghrib sebelum bergerak balik ke BBS semula.

Nie setelah selesai sesi makan laksa
Sesi mengayukan diri Sesi konsultation ^_^
p/s : Lepas nie kena tunggu 3 - 4 bulan plak baru bulih makan laksa ...seksa..seksa..jiwa dan ragaku...

Sunday, July 26, 2009

What in My Baby's Bag ?

So what's in my baby's bag????, last weekend me and my Mr.R mengemas semula beg baby untuk bawak ke hospital and also beg untuk ibu. Nampaknyer beg baby yang berlebih-lebih barang, beg ibu ada kain batik 2 helai, pad, panties pakaibuang and baju jer..(tuala and toilettories tak masuk lagik nih.

Ini baju raya baby ^_^ teruja sungguh hehehe

This is my baby's bag

Inside the bag. Pink karer you......

Baby's toilettories

Ini plak our first present dari Auntie Izza

More baby stuff
Kad merah tu dari hospital kena bawak pg mana-mana incase terbersalin bukan kat KBMC la...tapi itu pun rasa cam tak cukup jer lagi. Kalau pg Mall sure ada jer mata yang berkenan ngan baju baby, Mr. R sure tarik pegi tpt lain punya sbb dah banyak dah cuma sekarang nie nak beli kelambu baby, set tilam, playpen, and waiting for my baby stroller from Mommy Dilla ^_^ .

Wednesday, July 8, 2009

Shopping Baby Stuff


We went to MV last Monday to get some baby stuff, cuma beli beberapa barang basic mcm baju, seluar, mittens, booties, bonnet and baby toiletteries serta beg baby tapi banyak lagi barang belum beli sbb kaki dah tak larat nak jalan. Kaki pun dah bengkak-bengkak skrg especially bila malam lagi terasa. Hmm apa lagi yer listing untuk menyambut orang baru nie. Barut and bedung dah pesan kat abah mtk tolong makcik sebelah rumah buat and also telah menempah jamu dari makcik ku di kpg. As anak jawa pantang secara tradisional yang rigid memangla kena kalau tak kena berleter ngan my one and only embah, bertungku, berbengkung, pakai param, pilis semuala. Makan pun kena catu and the same resepi everyday.
Nie nak mintak bantuan to all my gurl fren out there listing untuk barang baby yang patut dibeli, almaklum first time experience kan.

Thursday, June 18, 2009

I'm 28 weeks pregnant.

Bila dikira-kira I have only 84 days jer before bersalin. Nervous, excited, worried sumer ada, bercampur aduk jadi satu. Tak boleh nak bayangkan camner rasa nak bersalin tu sebenarnya, camner rasa contraction tu, and how will I know if my water broke kang ingat kan shishi plak, nak bersalin kat mana pun masih dalam dilema lagik nie, di KL ker atau di TI orrrrr...AS hurmmm....and mana lebih baik bersalin di hospital swasta lagi baik atau hospital kerajaan????? Penin..penin...
Sekarang nie dok tgk channel 733 terutama ranc. Deliver Me and Birth Day sbb dia cam program realiti jgk ler tapi untuk orang2 yang nak bersalin samada secara normal atau C-Sect. , ada jugak yang nak bersalin dalam air mengikut kemahuan masing-masingla. Bila tgk dorang2 tu ada jugakler perasaan gemuruh, what should I do when my turn come. Boleh ker aku tahan sakit yang berjam-jam tu, alangkan senggugut setengah hari pun aku tak tahan nak menanggungnya ini kan pulak berjam-jam. Adala jugak orang2 sekeliling bagi petua untuk memudahkan bersalin antaranya makan bendi banyak2 and bila basuh rambut last bilas tu hisap air hujung rambut, how abt air selusuh and minyak selusuh mana nak dapat benda-benda nie. Actually aku nie penakut gak kalau yang berkaitan ngan sakit yang kena pada badan, nak picit jerawat pun dah ngeri inikan pulak bersalin huhuhu.....jari luka terhiris pisau pun dah dekat setinggi syilling rumah aku melompat camno tu...
Tapi time-time camnie aku seronok sangat melayan movement-movement dlm perut nie, kadang2 rasa geli, kadang 2 rasa ngilu bila baby tu berpusing dan kadang2 rasa risau plak bila dia tak gerak2 satu hari tapi so far aku tak nampak lagik bekas tapak kaki ker siku ker kat perut aku nie sbb adik aku cakap nnti akak akan nmpk mcm tapak kaki dia, maybe kepala dia or tangan dia. Lemak kat perut aku nie tebal sangat kot tu yang terlindung tu hehehe...Ada la sesikit tips during pregnant yang aku amalkan especially bercakap dengan baby and dengarkan selalu muzik yang kita suka pada baby tapi aku lebih suka dengarkan zikir2 dengan harapan anak aku nnti lebih berjiwa lembut dan tenang ^_^ .
Persiapan untuk menerima orang baru pun masih tak beli lagik nie, mungkin hujung bln laa beli sikit2. Tapi mcm nak tunggu hadiah dari orang jauh ler hehehe...boleh tak auntie Dilla or should my baby call U Mommy Dilla...
Oklaa....all my gurlsss friend bagilaa apa2 tips kat aku nie...untuk persiapan fizikal dan mental...

Friday, June 5, 2009

From KL to London ...


Actually dah lama nak tulis resepi nie tapi selalu tertangguh, Kak Wawa kita pun ada mintak gak resepi nie maafle Kak Wawa lama sangat baru nak letak. Tapi bila ada 'orang jauh' yang mintak rasa terpanggil pulak nak put this resepi dalam entry kali nie jadi rasanya tak baik nak ditangguh lagi so friends this is the resepi memang sedap, bak kata Mr.R rasa mcm makan kat Penang ^_^. Namanya pun dah di rebranding oeh Mr. R instead of Penang Char Kuey Tiaw dah jadi ......

Bandar Baru Sentul Char Kuay Teow

Bahan2 (for 2)
Utk paste:-
  • 200 gm udang
  • 250 ml air
  • 4 ulas bawang putih diketuk
  • 6sb sos tiram
  • 3 sk kicap pekat
  • 3 sb kicap manis
  • 1 sk petis
  • 2 sb pati ikan bilis/pati udang (aku guna yang kiub jer)
  • 2 sk garam (bergantung kpd kemasinan sos tiram)
  • 1 sk gula

Untuk mee:-

  • 300 gram kuay teow (main ingredient)
  • 1 sb cili boh (aku guna cili kisar)
  • kerang
  • sedikit kucai & taugeh
  • 2 biji teloq

Cara2

  1. utk paste- rebus udang dgn air. Bila udang hampir masak, angkat udang dan toskan airnya. Air rebusan jangan dibuang ye ... simpan dulu.
  2. Campurkan semua bahan untuk paste dgn air rebusan udang tadi ... reneh hingga menjadi paste yang agak pekat. Matikan api dan biarkan paste sejuk dan bleh disimpan dlm peti sejuk.
  3. Utk mee:- tumis lada boh atau cili kisar hingga garing, masukkan dalam 4 sb paste tadi ... masukkan udang yang tlh direbus and kerang. Biasanya CKT agak berkuah so letak sikit air dalam 1/2 cawan.
  4. Bila air mendidih ... masukkan kuay teow, kucai, tauge dan kacau sehingga rata. Pecahkan telur, kacau dan bolehlah diangkat. Proses memasak CKT ni ambil masa dalam 3 ke 4 minit shj., pastikan api kuat semasa memasak.
  5. "Paste ni selalu diguna oleh mereka yg berniaga so udang yg direbus mmg digunapakai" tapi kalau utk kegunaan sendiri kalau x nk rebus dgn udang, bleh pakai petis tp kena tambah lg 1 sb. Paste ni jugak sepatutnya sudah cukup masin dan manisnya so x perlu letak lg garam and gula masa masak CKT ... ikut sesedap rasa la.

*resipi asal courtesy of myresipi.com.



Selamat mencuba and Bon Apetitte ... ^_^