Sunday, September 18, 2011

Percutian 2 hari 2 malam yang tak best...

Lepas balik dari raya hari tu, awal bicara aku demam.  Dah lama rasanya tak demam, rasa sakitnya Allah saja yg tau.  Memang melepek habis tak boleh bangun, sepanjang hari aku tido jer, semua urusan anak-anak aku serahkan pada En.Babah. Terima kasih yang tak terhingga diucapkan kepada En. Babah.  Kemudian demam aku tu melarat ke anak-anak pulak, nasib baik antibodi kak yong tinggi dia demam sehari jer.  En. Babah pun nk kena gak demam tp dia prevent awal so not so badlaa.

Kemuncaknya Rafiq demam, dh sampai seminggu tak jugak baik-baik so kami pun sepakat nk pegi tgk kat pakarlaa sekali kena tahan wad.  So aku pun orang lain time cuti Hari Malaysia hari tu pg jenjalan atau open house yang aku plak bercuti di wad bersama-sama dengan rafiq 2 hari 2 malam which is so tak best one.  Ramai jugak baby yang warded hari tu semua kes yang sama.  Alhamdulillah batuk Rafiq agak mild cuma diberi nebulizer pastu fisio yang dia tepuk2 belakang ngan dada bagi kahak tu turun dan keluar melalui najis.  Aku memang berdoa sangat2 jgnla Rafiq kena sedut kahak guna tiub tu, tak sanggup aku nak tengok.  Dulu masa Zara kecik ada sekali kena buat fisio guna tiub tu pastu aku tak datang dah, aku dptkan 2nd opinion dari pakar kanak-kanak kat Alor Star which was aku puas hati sangat sbb cara sedut kahak dia tak perlu nk masuk2 tiub bagai.  Tapi yela different people have their own opinionkan ada yg rasa fisio guna tiub tu perlu sangat kalau tak akan mendatangkan masalah pada anak, kalau teruk sangat memangla perlu kalau sekadar batuk-batuk biasa yang tak memerlukan so buat apa nak menyakitkan anak sendirikan. Get other method to heal. Ingat nk upload gambar rafiq kat wad hari tu tapi En.Babah tak transfer lagi nntila akan diupload kemudian ya.

Warna warni Aidilfitri

Hari nie dh Syawal yg ke 20 barulah tuan rumah dapat nak menghapdet rumahnya yg dh bersawang2 dan berhabuk tak hengat nih.  Orang lain dh lama bubuh chegita pasal raya aku baru nk bercheghita tapi takpelaaa asalkan ada bahan nak dibubuh kat sinikan kalau tak suram jer yer tak.


Raya tahun nie masih di Utara, rumah MIL.  Kira bayar hutanglaa sbb seblom nih dh 2 kali beraya kt TI jd fair and squarelaa.... Tahun nie tema kaler purple itu pun dh last minute baru mendapat kata sepakat hehehe. Tahun ni kami anak beranak beli baju ready made jer, manakan tak kan aii baru lepas pantang 3 bulan so sibuk2 ngan proses berpantang itu hari jd mood utk pg menempah baju ellekkk.....dh dkt nk posa baru tergedik2 tanya tailor boleh tk nk hantar baju last minit memangle deme tak nak so berbondong2 le kami 4 beranak pi membeli baju kat Wangsa Maju.


Tak sangka plak pamili MIL pun tema kaler yg sama gak cuma adik ipar yg 2nd jer lain sikit depa kaler merah.


1 Syawal, cam cantik jer susunan ikut kaler hehehe

Couple yg perasan takde anak hehehe
Raya kat Kedah meriah....meriah dengan berjalan ke sana sini dan paling best setiap rumah sure ada hidangan wajib yg paling aku suka iaitu ketupat pulut ngan rendang.  Aiii membelasah tak hengat, diet selama 3 bulan gone ke laut hik hik hik....memang pueh atilaa lagipun setahun sekali ye dak (ayat nk menyedapkan ati tuh, takut nk tgk scale hehehe).  Kak Yong pun 2nd time raya gaya gitu tp dulu dia kecik sgt lagik tak tau apa2 tp sekarang membe dh 2 tahun dh pandai nk berkawan dan dh pandai rasa bosan so bila time dia tk ok buat perangailaa apa lagi...memberi kemaluan uuppppssss memberi malu saja pada ibu bapanya.

Camnila k.yong time pi beraya hr tu

Adik enjoy saja hehehe....

Dgn sepupu sebaya..Esya.

Raya ke-3 kami balik TI, dapatlaa jumpa sumer adik beradik cuma bab nk jenjalan tu dh tk berapa nk mari aura dia sbb raya kat TI ni yg meriah awal2 raya tu sbb pi berjalan ikut group tu yg best tu.  So kami pi beraya ngan famili adikku yg k-2 saja.  Raya ke-7 kami balik KL semula tapi yg tk best satu famili kena demam. Demam lepas raya agaknya. Tu jelaa alkisah time raya hari tu.  Nih dok tu kot2 ada jemputan rumah terbuka tahun, tahun ni tk buat rumah terbuka tunggulaa tahun depan di tempat yg lain plak hehehe....