Thursday, June 18, 2009

I'm 28 weeks pregnant.

Bila dikira-kira I have only 84 days jer before bersalin. Nervous, excited, worried sumer ada, bercampur aduk jadi satu. Tak boleh nak bayangkan camner rasa nak bersalin tu sebenarnya, camner rasa contraction tu, and how will I know if my water broke kang ingat kan shishi plak, nak bersalin kat mana pun masih dalam dilema lagik nie, di KL ker atau di TI orrrrr...AS hurmmm....and mana lebih baik bersalin di hospital swasta lagi baik atau hospital kerajaan????? Penin..penin...
Sekarang nie dok tgk channel 733 terutama ranc. Deliver Me and Birth Day sbb dia cam program realiti jgk ler tapi untuk orang2 yang nak bersalin samada secara normal atau C-Sect. , ada jugak yang nak bersalin dalam air mengikut kemahuan masing-masingla. Bila tgk dorang2 tu ada jugakler perasaan gemuruh, what should I do when my turn come. Boleh ker aku tahan sakit yang berjam-jam tu, alangkan senggugut setengah hari pun aku tak tahan nak menanggungnya ini kan pulak berjam-jam. Adala jugak orang2 sekeliling bagi petua untuk memudahkan bersalin antaranya makan bendi banyak2 and bila basuh rambut last bilas tu hisap air hujung rambut, how abt air selusuh and minyak selusuh mana nak dapat benda-benda nie. Actually aku nie penakut gak kalau yang berkaitan ngan sakit yang kena pada badan, nak picit jerawat pun dah ngeri inikan pulak bersalin huhuhu.....jari luka terhiris pisau pun dah dekat setinggi syilling rumah aku melompat camno tu...
Tapi time-time camnie aku seronok sangat melayan movement-movement dlm perut nie, kadang2 rasa geli, kadang 2 rasa ngilu bila baby tu berpusing dan kadang2 rasa risau plak bila dia tak gerak2 satu hari tapi so far aku tak nampak lagik bekas tapak kaki ker siku ker kat perut aku nie sbb adik aku cakap nnti akak akan nmpk mcm tapak kaki dia, maybe kepala dia or tangan dia. Lemak kat perut aku nie tebal sangat kot tu yang terlindung tu hehehe...Ada la sesikit tips during pregnant yang aku amalkan especially bercakap dengan baby and dengarkan selalu muzik yang kita suka pada baby tapi aku lebih suka dengarkan zikir2 dengan harapan anak aku nnti lebih berjiwa lembut dan tenang ^_^ .
Persiapan untuk menerima orang baru pun masih tak beli lagik nie, mungkin hujung bln laa beli sikit2. Tapi mcm nak tunggu hadiah dari orang jauh ler hehehe...boleh tak auntie Dilla or should my baby call U Mommy Dilla...
Oklaa....all my gurlsss friend bagilaa apa2 tips kat aku nie...untuk persiapan fizikal dan mental...

Friday, June 5, 2009

From KL to London ...


Actually dah lama nak tulis resepi nie tapi selalu tertangguh, Kak Wawa kita pun ada mintak gak resepi nie maafle Kak Wawa lama sangat baru nak letak. Tapi bila ada 'orang jauh' yang mintak rasa terpanggil pulak nak put this resepi dalam entry kali nie jadi rasanya tak baik nak ditangguh lagi so friends this is the resepi memang sedap, bak kata Mr.R rasa mcm makan kat Penang ^_^. Namanya pun dah di rebranding oeh Mr. R instead of Penang Char Kuey Tiaw dah jadi ......

Bandar Baru Sentul Char Kuay Teow

Bahan2 (for 2)
Utk paste:-
  • 200 gm udang
  • 250 ml air
  • 4 ulas bawang putih diketuk
  • 6sb sos tiram
  • 3 sk kicap pekat
  • 3 sb kicap manis
  • 1 sk petis
  • 2 sb pati ikan bilis/pati udang (aku guna yang kiub jer)
  • 2 sk garam (bergantung kpd kemasinan sos tiram)
  • 1 sk gula

Untuk mee:-

  • 300 gram kuay teow (main ingredient)
  • 1 sb cili boh (aku guna cili kisar)
  • kerang
  • sedikit kucai & taugeh
  • 2 biji teloq

Cara2

  1. utk paste- rebus udang dgn air. Bila udang hampir masak, angkat udang dan toskan airnya. Air rebusan jangan dibuang ye ... simpan dulu.
  2. Campurkan semua bahan untuk paste dgn air rebusan udang tadi ... reneh hingga menjadi paste yang agak pekat. Matikan api dan biarkan paste sejuk dan bleh disimpan dlm peti sejuk.
  3. Utk mee:- tumis lada boh atau cili kisar hingga garing, masukkan dalam 4 sb paste tadi ... masukkan udang yang tlh direbus and kerang. Biasanya CKT agak berkuah so letak sikit air dalam 1/2 cawan.
  4. Bila air mendidih ... masukkan kuay teow, kucai, tauge dan kacau sehingga rata. Pecahkan telur, kacau dan bolehlah diangkat. Proses memasak CKT ni ambil masa dalam 3 ke 4 minit shj., pastikan api kuat semasa memasak.
  5. "Paste ni selalu diguna oleh mereka yg berniaga so udang yg direbus mmg digunapakai" tapi kalau utk kegunaan sendiri kalau x nk rebus dgn udang, bleh pakai petis tp kena tambah lg 1 sb. Paste ni jugak sepatutnya sudah cukup masin dan manisnya so x perlu letak lg garam and gula masa masak CKT ... ikut sesedap rasa la.

*resipi asal courtesy of myresipi.com.



Selamat mencuba and Bon Apetitte ... ^_^