Tuesday, November 25, 2008
Mission Impossible
Semua simpton tu aku dapat masa time kursus teambuilding last weekend kat utara tanahair, tajuk kursus macam tak perlu aktiviti lasak tapi andaian aku jauh tersasar. Hari pertama sampai cuma aktivit yang memerlukan pemikiran minda masuk hari kedua wahhhh.....semua aktiviti yang aku rasa tak boleh buat kena buat. And surprisingly aku MEMANG boleh buat, tapi semua aktiviti dalam grouplaa kalau buat sengsorang memang impossible. Aku kena panjang dinding setinggi satu meter, kena buat trust fall - menjatuhkan diri dari tempat tinggi dan disambut oleh rakan2 lain...yang ini memang kena trust kengkawan kalau tak memang tak boleh buat, aku sendiri terlepas grip tangan dan tertampar muka kawan yang menyambut dibawah. Pastu aku kena buat tarzan swing kalau tak lepas jatuh dalam air yang nauzubillah kotornyer (tapi aku tak lepas pun hehehe) dan mcm2 lagila. Aku memang terkejut sbb aku boleh buat semua tu dengan mata tertutup sbb aku kena jadi orang buta yang diguide oleh rakan2 dalam group tu. Satu badan kotornya tak boleh nak cakap sbb urusetia yang nakal2 tu sengaja simbah air lumpur kat kami.
So on the way back satu bas senyappppp jer sbb masing2 dah penat. Keesokkan hari aku tak boleh bangun sbb badan semua sakit then kaki cramp, nak solat pun payah, usahkan solat kalau dah duduk nak bangun payah giler. but its really fun walaupun in the beginning aku merungut jugak. So picture later yer gurlsss....
Tuesday, November 11, 2008
Community Run@Puchong
Excited nak berlari .......
So bagi tempat 1st,2nd and third telah dimonopoli oleh foreigner especially the kenyan, mana idak yer kaki panjang. My Mr. R walaupun tak dapat top 10 tapi dapatla jugak sijil penyertaan bagi yang kurang dari satu jam sampai ke garisan penamat. Setelah Mr. R relax kejap kitorang pun ambik peluang membaham apa yang ada kat gerai sponsor tu (makan free sapa tak nakkan). Then for lunch I cooked ayam goreng berempah, kentang masak bening and sambal tempoyak ikan bilis wahhhh pastu tido hahaha mana tak semakin membesar bagai johan yer tak.
p/s : see U next year at Lake Garden Community Run plak ^_^
Thursday, November 6, 2008
Updates
Macaroni and cheese
Resepi boleh didapati disini http://www.myresipi.com/top/detail/1694