Tuesday, November 23, 2010

Chuuumeelll......and other stories


Aku suka gambar nie, aku nampak jelita gitu.  Cheeee perah santan sungguh padahal itu salah satu teknik kamera soon to be Dr. Anis kita hik hik hik.  Gambo ni diambik masa raya puasa hari .....wah lama sungguh baru nak upload gambo time raya dulu dah nak masuk krismas dah nie.  
The reason tak update blog antara sebab musabab adalah Cik Zara yang sangat jeles apabila ibunya mengadap lappy pastu kat opis plak sekejap bleh update sekejap tak bleh so atas perkara itu amatlah boring untuk berblog.


Aku suka gak gambo nie ceria sungguh Cik Zara time almaklum dapat jumpa Kak Dini yang sangat suka melayan dia.


Dan nie plak gambo time besday genap Cik Zara 1 tahun pada 04092010 hari tu.  Majlis dibuat di rumah MIL di Aloq Staq, simple tapi meriah.  Sementelah besday Cik Zara kali nie jatuh time raya jd majlis raya adalah cum open house.  Kesian gak tengok MIL yang terpaksa melayan tetamu yang datang, tetamu paling akhir beredar hampir pukul 12 tghmlm.  Alahai rasa bersalah plak kat MIL sampai ngantuk ngantuk dia layan tetamu yang rancak berborak.  Cik Zara sekarang pun dah laju jalannye, pantang dilepaskan menonong jer dia berjalan dan sudah pandai jeles dan merajuk bila ibu tak nak dukung dia atau tak dapat benda yang diidamkan.  Sekarang nie selain perkataan babah, yang boleh dia sebut adalah maih..maih ..maih bila nak mintak sesuatu and perkataan tiga yang disingkatkan kepada Ga sahaja hehehe....

Rasanya it jer nak update, sementara blog boleh digunakan sekarang nie...mcm lipas kudung aku menaip hehehe....till then daaaaa.......